HALAMAN SANTAI

Selasa, 26 Januari 2010

Bukan PR Tetapi BN Yang Bermasalah

Oleh Sofi Wahab


Media arus perdana saban hari menceritakan keburukan dan pergeseran parti-parti komponen BN. Tetapi yang sebenarnya parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) sudah lama bermasalah dan ianya berlarutan tanpa dapat diselesaikan.

Kemelutnya bukan sekadar diperingkat bawahan malahan melibatkan kepimpinan tertinggi parti. Pihak-pihak yang berbalah bukannya berebut jawatan ketua cawangan atau bahagian tetapi jawatan Presiden parti dan lain-lain jawatan penting.

MCA dan PPP umpamanya sehingga kini sedang berusaha sedaya upaya untuk mengatasi masalah mereka, namun ternyata ianya buntu dan sukar untuk diselesaikan. Jadi saya menasihatkan media janganlah cuba mengalihkan isu perbalahan dalaman MCA, PPP dan lain-lain parti komponen BN dengan mengutarakan berita pergeseran dan perbalahan dalaman parti-parti komponen PR.

Walaupun MCA dan PPP cuba menyelesaikan masalah mereka secara tertutup namun rakyat mengetahui bahawa ianya masih terus parah cuma menanti belah sahaja.

Semalam Perdana Menteri, Najib Tun Razak berkata, panduan terbaik telah diberikan kepada pimpinan parti berkenaan dengan harapan kepimpinan mereka mampu mencari formula terbaik untuk menyelesaikan masalah parti masing-masing.

Menurutnya, ada tanda bahawa kemelut itu kini semakin reda dan ia diterima baik di kalangan anggota parti berkenaan.

Secara tidak langsung kenyataan Najib itu membuktikan bahawa kemelut itu masih berlarutan dan sukar diselesaikan.

Tiada ulasan: