SAYA telah lama menulis mendedahkan sikap dan perangai buruk ahli Parlimen Kulim - Bandar Baru, Zulkefli Nordin (foto). Mempersoalkan gelagat dan tindak tanduknya yang suka mengada-ngada dan suka mengejar publisiti murahan tanpa mengiara masa dan tempat secara terbuka. Bagi saya beliau seorang yang tahu tahu menghormati keputusan jemaah dan suka melanggar disiplin parti.
Akhir-akhir ini dia jadi syok sendiri apabila mendapat liputan meluas akhbar kroni UBN dan juga televisyen. Dia suka dan syok namanya di sebut dalam akhbar dan tv. Dia juga merasakan dialah jagohan memperjuangkan Islam
Kepada anda yang tidak percayai mengenai gaya hidup Zulkefli ini, silalah turun ke Kulim Kedah. Selidik dan tanya rakyat di sana. Kebetulan saya mempunyai pengalaman sendiri mengenai gelagat dan tindak tanduk beliau ini. Malahan orang ini pernah makan dan minum di rumah saya lebih dari dua kali... dan turut membincangkan kedudukannya dalam parti.
Ingatkah anda sekalian, kemenangannya di Bandar Baru - Kulim dibantah oleh calon Umno, Abdul Aziz Sheikh Fadzil. Sebab atau kesalahan bantahan itu ialah kerana Zulkefli tidak menghantar penyataan perbelanjaan pilihan raya disertainya tahun 2004. Afidavit Aziz Fadzil begitu kukuh sekali.
Bukti itu memberi peluang besar kepada Aziz untuk mendapat perintah agar kerusi itu dikosongkan. Tetapi kenapa tiba-tiba saja Aziz menarik balik petisyen itu? Ini ramai yang orang tidak tahu apa yang berlaku di sebalik pembatalan itu. Pembatalan itu bukan saja-saja melainkan ada kira-kira di sebaliknya?
Zulkefli sangat takut dan bimbang dengan petisyen yang dibuat oleh Aziz itu. Dia takut kehilangan kerusi itu. Dalam masa sama pihak PKR juga telah meminta beliau mengosongkan kerusi berkenaan kerana merasakan peluang untuk beliau dapat mempertahankannya adalah sangat tipis.
Parti telah mengarahkan beliau mengosongkan kerusi berkenaan tetapi beliau enggan berbuat demikian. Pada masa itu Anwar Ibrahim sedang diusahakan untuk masuk ke parlimen. Kenapa? Inilah yang orang tidak tahu apa yang berlaku di sebalik kejadian itu. Sebenarnya secara diam-diam Zulkefli dikatakan sudah berunding dengan pihak Aziz Sheikh Fadzil. Seorang lawyer di Kuala Lumpur yang bertindak bagi pihak Zulkefli, yang juga kawannya dan juga kawan saya mengetahui proses rundingan ini.
Apabila saya mendedahkan telatah dan sikap Zulkefli ini ada yang tidak mempercayainya termasuklah orang-orang PKR sendiri. Terutamanya golongan muda yang teruja dengan janji dan cakap-cakapnya yang berkobar-kobar untuk memperjuangkan Islam. Mereka ini hanya mendengar cakapnya tetapi tidak melihat perbuatannya. Islam itu akan sah bukan saja menerusi ucapan tetapi dengan perbutan.
Bagi mereka yang ada pengalaman, kisah-kisah tersendiri dan melihat apa yang Zulkefli lakukan tidak tergamak untuk menerima beliau sebagai seorang pemimpin apa lagi ahli Parlimen. Beliau bagi saya bukan saja sudah melampau dengan tindak tanduknya tetapi seorang yang jahil politik dan tidak berintergriti.
Misalnya kalau dia faham politik dia tidak akan membuat laporan polis terhadap Khalid Abdul Samad. Beliau boleh berlawan dengan Khalid secara senyap saja. Tetapi kerana beliau syok sendiri dan mahukan publisiti murah maka beliau terpaksa menjadikan Khalid sebagai sasarannya. Khalid Samad bukannya musuh Islam nombor satu di negara ini yang patut diperangi seperti mana di lakukan ahli parlimen berkenaan!
Jadi hari ini kalau ada orang mencadangkan agar PKR memecat Zulkefli dari parti itu ia adalah saranan paling tepat. PKR atau Anwar Ibrahim tidak perlu merasa sayang lagi kepada Zulkefli ini. Saya melihat sendiri bagaimana Anwar cukup menjaga hati Zulkefli walaupun tindak tanduk Zulkefli banyak menyusahkan beliau.
Kalau pun PKR pecat Zulkefli ia tidak memberi kerugian apa-apa. Kalau dulu Pakatan Rakyat mengharapkan akan berlaku rampasan kuasa dalama Parlimen, tetapi cita-cita itu kini sudah pun tidak ada lagi. Saya berani tegaskan kalau pun Pakatan mengharapkan undi dari Zulkefli Nordin di Parlimen selama ini ia tidak akan tercapai sebab komitmennya dengan Najib Razak mengikat beliau untuk tidak dapat berbuat apa-apa?
Kepada PKR dan Anwar eloklah kalau keluarkan saja duri itu dari daging. Bukan saja Anwar dan PKR yang merasa lega dengan pemecatan itu, penyokong Pakatan Rakyat yang mengetahui hipokrasi Zulkefli juga akan merasa lega. Cukuplah bagi Anwar melayan seorang manusia yang tidak tahu menerima budi. Sekarang inilah elok kalau PKR Kedah merisik calon baru untuk diletakkan di kerusi berkenaan bagi menggantikan Zulkefli Nordin.
Dan bagi Zulkefli sendiri juga tindakan itu menyenangkan beliau kalau beliau ada hajat untuk memperjuangkan Islam bersama Umno. Silakan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan