HALAMAN SANTAI

Jumaat, 29 Januari 2010

Jangan campur tangan jika tidak arif agama

UTUSAN ONLINE


PUTRAJAYA - Semua pihak termasuk pemimpin parti politik diingatkan tidak campur tangan dalam isu berkaitan agama sekiranya tidak arif bagi mengelak timbulnya salah faham.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, sesuatu isu yang timbul seharusnya diserahkan kepada mereka yang mempunyai kuasa dalam bidang tersebut.

''Kalau kita mahu menangani sesuatu isu elok orang lebih arif menanganinya, jika isu agama kita serah pihak berkuasa agama, isu keselamatan kita serah kepada agensi keselamatan.

'' Jadi orang politik yang ada tanggungjawab dari segi politik, hendaklah berperanan sebagai ahli politik yang adil, jangan campur aduk atau campur tangan perkara yang berkaitan agama yang mereka sendiri tidak arif," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Pendidikan Fatwa: 'Penggunaan Lafaz Allah' di sini hari ini.

Beliau mengulas kejadian Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa dan Masjid Jumhuriah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya yang dilempar empat kepala babi hutan, awal pagi semalam termasuk isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Tiada ulasan: