HALAMAN SANTAI

Isnin, 18 Januari 2010

Kerajaan Tetap Harga Siling Khinzir, 14 Februari

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI


PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan akan menetapkan harga siling bagi daging khinzir pada Februari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementeriannya akan menetapkan harga daging itu sempena Tahun Baru Cina pada 14 Februari ini.

"Pertama kali dalam sejarah kementerian akan meletakkan harga siling daging khinzir khas untuk kaum Cina sempena Tahun Baru Cina," katanya selepas memberi taklimat dan amanat kepada warga KPDNKK sempena tahun 2010 di sini hari ini.

Ismail Sabri turut memberitahu, keputusan kerajaan mengawal harga daging itu sejajar dengan konsep 1Malaysia dan menjaga kepentingan semua kaum dan agama.

Tiada ulasan: