HALAMAN SANTAI

Selasa, 12 Januari 2010

Kes Qazaf : Tiga Responden Lantik Peguam

TV SSELANGOR


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom melantik barisan peguam yang bakal mewakilinya dalam permohonan qazaf yang difailkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut melantik barisan peguam yang sama ialah Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain selaku responden pertama dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali yang merupakan responden kedua.

Anwar sebelum ini telah memfailkan tuntutan syariah terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan di bawah Seksyen 41 'Qazaf' Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah 1997 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Seksyen 41 ‘Qazaf’ secara spesifik menyentuh persoalan tuduhan zina, dan menurut hukum syarak, Saiful menghadapi penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit, atau kedua-duanya, sekiranya gagal mengemukakan empat orang saksi lelaki atau iqrar tertuduh.

Barisan peguam syarie yang dilantik oleh ketiga-tiga responden ialah Zainul Rijal Abu Bakar, Roslizam Rahim dan Mohd dan Firdaus Mohamed Arifin.

Pelantikan tersebut dibuat di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Syariah di sini kira-kira pukul 2.30 petang semalam hadapan Timbalan Pendaftar, Nur Ifzan Ibrahim.

Pada 7 Jan lalu Anwar memohon Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan perintah supaya pihak pendakwa meneruskan pertuduhan qazaf (tuduhan palsu) terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung dakwaan liwat.

Pada Jun 2008 Saiful mendakwa bekas majikannya itu telah meliwatnya di sebuah kondominium di ibu negara dua tahun lalu.

Anwar juga mendakwa laporan qazaf berhubung pernyataan palsu mengenai beliau meliwat Saiful telah dibuat kepada Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan Jawi pada 9 Julai 2008.

Tiada ulasan: