HALAMAN SANTAI

Jumaat, 15 Januari 2010

Pilihanraya Kampus Makin Panas - Poster Calon Pro-M Di Khianati Kumpulan ‘Akasia’


Modus Operandi Ada Kaitan Dengan Peristiwa ‘Pengibaran Bendera PAS’

KUALA NERUS – Pilihanraya kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semakin panas apabila hari membuang undi tinggal hanya 48 jam.

Selepas membuat ‘kecoh’ pada hari penamaan calon dan memulaukan Majlis Pengenalan Calon, kumpulan yang dikenali sebagai ‘Akasia’ telah melakukan sabotaj keatas poster calon-calon yang bertanding, kususnya calon Pro Mahasiswa.”Kami sedar waktu pagi semalam, kami terkejut apabila kebanyakkan poster calon yang bertanding disabotaj,

”poster dikerat tali dan bertaburan di kali lima fakulti dan dewan-dewan kuliah,”ujar jurucakap Pro-M ketika menghubungi Buletinonline.

Menurutnya, disebalik perbuatan ‘khianat dan pengecut’ itu, poster-poster dari calon kumpulan Akasia telah dinaikkan, atas poster yang telah disabotaj.

Beliau berkata, tindakan tersebut dikhuatiri akan mencemarkan usaha pihak universiti dan keghairahan mahasiswa untuk melihat satu pilihanraya kampus yang sihat dan subur.


”Tindakan kumpulan yang tidak bertanggungjawab itu akan mengembalikan pilihanraya kepada suasana suram dan muram seperti tahun-tahun lepas,

“yang mana siswa-siswi tidak berminat untuk melibatkan diri kerana tidak mampu hendak melawan pihak tertentu seperti HEPA dan lain-lain,”jelasnya.

Katanya, pihaknya telah membuat pemerhatian dan mendapati bahawa modus operandi ‘pengkhianatan’ tersebut ada kaitan dengan kes bendera pas yang digantung di tiang kenyataan dalam asrama pada minggu lepas.

http://buletinonline.net/images/stories/berita20/DSCN4881.JPG“Kami telah mendapat e-mail daripada seorang siswa yang prihatin, ia ada kaitan dengan ”pihak luar” yang bersekongkol bersama Akasia,”tegasnya.

Justeru, katanya, Pro-M mengutuk ‘sekeras-kerasnya’ tindakan Akasia yang melakukan sabotaj dan merosakkan poster-poster calon yang bertanding.

“Ia tidak menepati dengan nilai-nilai yang mahu diterapkan oleh demokrasi dan amat jauh sekali dengan nilai keintelektualan mahasiswa,

“bertindaklah dengan bijak sesuai dengan taraf mahasiswa universiti,”tambahnya.


Pengibaran Bendera PAS di Surau Kampus UMT

Sekurang-kurangnya dua kali, percubaan memburukkan imej PAS berlaku di kampus UMT dengan mengibarkan bendera ‘bulan putih’ di surau dan kawasan asrama universiti tersebut.

Perbuatan itu ada kaitan dengan pihak Biro Tata Negara (BTN) sebagai e-mel yang di ‘forward’ kan kepada Buletinonline seperti paparan dibawah;

”Beberapa hari yang lepas, saya bersama keluarga tersayang keluar menikmati makan malam di sebuah restoran di sekitar UMT.

Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba mata saya terpandang ke arah suatu sudut di restoran tersebut. Seorang mantan MPP UMT (yang baru dibubarkan pada 4 hb Januari 2010 yang lalu) sedang ralit berbincang dengan seorang pegawai Biro Tata Negara (BTN).


Bagaimana saya dengan yakin mengatakan bahawa beliau (mantan MPP UMT) sedang berbincang dengan pegawai BTN? Nah, pegawai BTN tersebut saya kenali kerana pernah mengikuti kursus di bawah kelolaan BTN tidak berapa lama dahulu (di mana dan bila tidak perlulah saya dedahkan di sini.)

Tidak mungkin saya tersilap cam, kerana saya sudah lama berkhidmat di bumi UMT ini. Saya senang mengecam setiap orang bahkan staf bukan sokongan pun saya cam majoriti wajahnya samada baru apatah lagi. Beberapa figure utama student pun saya kenal sepertimana saya kenal x-MPP yang dinyatakan di atas.


http://buletinonline.net/images/stories/berita20/benderapas.JPGTimbul pertanyaan demi pertanyaan nakal di benak saya, “ Apa yang mereka bincangkan? Kenapa pegawai BTN tersebut tiba-tiba mencemar duli datang ke UMT? Adakah kerana hubungan mereka berdua yang sangat baik, ataupun adakah kerana PRK yang sudah bermula?

“ Namun begitu, saya hanya membiarkan pertanyaan-pertanyaan itu berlalu, dan terus menumpukan perhatian kepada makan malam saya bersama keluarga.

Keesokan harinya, Saya dikejutkan dengan bendera bulan yang tergantung di surau kampus. Rakan sejawat yang memaklumkan perkara itu kepada saya. Terlintas sesuatu di fikiran saya,

“kenapa mesti sekarang isu ini dibangkitkan? Adakah hal ini ada kaitan dengan kedatangan pegawai BTN yang saya lihat malam tadi? “.

Saya cuba merisik khabar kawan2 di HEPA mengenai kedatangan pegawai BTN tersebut , namun pertanyaan saya hanya dijawab “ private and confidential...”.

Belum reda isu bendera bulan tergantung di surau, timbul pula isu bendera bulan digantung di kawasan asrama. Yang menghairankan saya, bendera tersebut digantung betul-betul berhadapan dengan pondok pengawal, mustahil pengawal tidak ternampak dalang yang menggantungkan bendera tersebut.

Siapa gerangan yang ingin membawa masuk isu politik di dalam UMT ini? Bagi saya, biarlah para pelajar sendiri menentukan halatuju mereka di sini. Sudah lama saya tidak melihat pelajar yang berkepimpinan menerajui MPP.

Yan ada sekadar 'boneka' kawan2 saya di HEPA sahaja... Kalau kita tidak mahu Pembangkang masuk Kampus kita.... lebih baik BTN juga tidak masuk Kampus kita..... Biarkan pelajar dengan pemilihan mereka. Hal ini bisa saja menimbulkan kekacauan pada PRK nanti.

Tujuan saya menulis adalah untuk melahirkan isi hati saya. Saya sendiri pun tak kenal sapa Pro-M namun saya amat berharap PRO-M dapat menyiasat perkara yang sebenar supaya Pilihanraya pelajar pada kali ini adalah bersih dan demokrasi....

.Yang Benar,

Warga Senior UMT yang Prihatin

Tiada ulasan: