BERNAMA | ||
|
Ketua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata penjelasan Liew perlu bagi menentukan sama ada kenyataan Chin itu merupakan pandangan peribadi beliau sendiri atau pendirian LDP.
"Jangan jadi parti rojak dengan membiar segala kenyataan yang membabi buta menghentam pengerusi BN. Di manakah setiakawan dan sifat perundingan di meja bulat.
"Tidak wajar beliau (Chin) melahirkan kenyataan yang boleh mendatangkan kekeliruan dalam BN. Seharusnya LDP menyokong pemimpin negeri bukan menghentam membabi buta," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sebelum ini, Chin dilaporkan berkata beliau tidak lagi boleh bekerjasama dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman namun tetap setia dengan BN dan akan terus bekerjasama dengan Umno.
Ghapur berkata sekiranya kenyataan berkenaan merupakan pandangan peribadi Chin, maka Liew perlu mengambil tindakan tatatertib.
"Semua orang boleh memberi pandangan tetapi biarlah berasas dan bukan kerana rasa tidak puas hati, pucuk pimpinan BN diperkotak katik oleh orang BN sendiri," kata Ghapur.
12 ulasan:
presiden LDP, Datuk V K Liew perlu memberi penjelasan mengenai kenyataan Chin su Phin. harap ia hnyalah pendirian peribadi Chin dan bukan pendirian LDP.
Adakah ini tindakkan peribadi atau pun Parti LDP itu sendiri? memang penjelasan dari Datuk V K Liew perlu untuk tindakkan yang dibuat oleh timbalan Datuk Chin.
sebagai seorang timbalan tidak sepatutnya menyatakan perkara sebegitu sekiranya tidak ada kebenaran dari ketua parti. seperti Datuk Chin lakukan, beliau menyatakan bahawa LDP tidak boleh lagi berkerjasam dengan Datuk Musa, Tapi tetap akan berkerjasama dengan UMNO. Jadi sebagai ketua LDP, Datuk V K Liew haruslah memberikan penjelasan yang sewajarnya untuk perbetulkan masalah ini.
Ya, sebagai parti komponen BN, sepatutnya adanya kesatuan dan kerjasama antara satu sama yang lain. Saya juga turut berminat mengetahui adakah kenyataan Chin Su Phin itu semata-matanya pendapat peribadi ataupun mewakili LDP.
Chin su Phin mengeluarkan kenyataan berikut semasa ketiadaan presiden LDP. Datuk V K Liew, rasanya tindakan Chin adalah pendirian peribadi beliau, ia bukan pendirian LDP. apapun kita lihat sahaja penjelasan dari V K Liew nnti.
Kenapa timbalan LDP boleh mengatakan bahawa LDP tidak dapat berkerjasama dengan Datuk Musa lagi. LDP tidak seharusnya mengatakan perkara sedemikian. Sepatutnya Chin perlu hormat dengan Datuk Musa Aman dan sekiranya tidak berpuas hati boleh bawa berbincang dan bukan mengatakan sesdemikian. Sebagai komponen BN kita haruslah menyelesaikan perkara dengan perbincangan. Harap Timbalan LDP menarik balik kata-kata beliau itu.
seolah-olah timbalan LDP itu cuba untuk menyalahkan atau menggenakan kesalahan persendirian, iaitu Datuk Musa Aman. ini menandakan ada sebab lain kenapa berlaku perkara ini. Tapi apa pun, BN sabah dibawah Datuk Musa akan tetap kukuh dengan sokongan semua ketua Parti komponen BN.
isu yang sudah selesai biarkan berlalu. beri tumpuan kepada masalah2 yang sangat dituntut oleh rakyat seperti PATI, tanah, kemiskinan... saya juga amat kesal dengan LDP kerana mereka hanya berminat menimbulkan isu2 yang bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan parti sendiri. perkara ini tidak patut berlaku ketika semua parti di Malaysia bersiap sedia menghadapi PRU13. pemimpin atasan perlu memandang serius konflik ini untuk kebaikan semua parti komponen di Sabah.
bagaimana sekalipun usaha LDP untuk menarik perhatian PM, belum tentu PM akan bersetuju dengan LDP kerana tindakan LDP ini telah mencemarkan imej umno/BN di Sabah dan sengaja menimbulkan huru hara dikalangan parti komponen BN di Sabah.
sebenarnya Musa Aman melakukan tindakan yang tepat berdasarkan persetujuan semua pemimpin yang hadir dalam mesyuarat tersebut. LDP patut memohon maaf kepada KM Sabah dan PM Najib.
Sebagai rakyat, saya tidak ingin melihat kerajaan yang tidak bekerjasama. Dengan adanya musuh dalam selimut, pasti akan menjejaskan pentadbiran negeri.
dalam apa pekara atau masalah sekali pun penyelesaian pasti boleh dilakukan dengan cara baik. semua pemimpin perlulah bersatu demi kebaikan rakyat.
Catat Ulasan