HALAMAN SANTAI

Ahad, 22 Ogos 2010

Gubal Akta Hubungan Kaum Atasi Ektremis

SUARA KEADILAN

SHAH ALAM - Pakatan Rakyat berpendapat hanya penggubalan Akta Hubungan Kaum mampu menangani masalah sentimen perkauman yang dilihat semakin serius serta gagal diurus kerajaan Umno-Barisan Nasional.

Naib Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata mekanisme di bawah Akta Hubungan Kaum boleh menyelesaikan usaha sesetengah pihak mengapi-api sentimen perkauman demi menjamin perpaduan dan keharmonian rakyat.

"Cara penyelesaian kami ialah dengan mengemukakan paragidma politik pelbagai kaum yang tulen berdasarkan kepada prinsip kesaksamaan, menghormati hak asasi, demokrasi dan keadilan untuk semua serta menolak politik berasaskan perkauman," kata azmin dalam kenyataan beliau.

Katanya, KEADILAN memandang serius insiden di mana rasa benci berasaskan perkauman terus diluahkan oleh sesetengah pihak, terbaru oleh pengetua sebuah sekolah di Johor.

Azmin membidas sikap Jabatan Pelajaran yang menganggap isu tersebut telah diselesaikan di antara pengetua dan pelajar serta pihak ibubapa.

"Insiden ini mendapat laporan meluas dan telah memberi kesan kepada seluruh negara. Adalah amat tidak bertanggungjawab untuk menganggap insiden tersebut hanya satu salah faham.

"KEADILAN mendesak pengetua tersebut digantung tugas sementara siasatan dijalankan dan dipecat sekiranya didapati bersalah," tegas beliau.

Tambah Azmin lagi, kejadian seumpama ini yang berulang adalah cerminan kepada masalah yang lebih besar iaitu 'galakan' kerajaan Umno-BN berhubung isu perkauman dan kelemahan kehendak politik untuk mengatasi sikap sedemikian.

Beliau berkata selagi wujud undang-undang zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan yang digunakan untuk mengekang perbincangan sihat dan membenarkan kumpulan ektremis mengapi-api sentimen perkauman, selagi itulah masalah akan berterusan.

"KEADILAN melihat kenyataan perkauman serta yang dinyatakan oleh pengetua tersebut bukan sebagai kes terpencil dan mesti ditangani secara holistik dan komprehensif," ujar beliau.

Tiada ulasan: