| Mohd Ali Hashim |
| GEORGETOWN: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menyelar tindakan Umno yang menggunakan isu agama dalam keadaan yang begitu terdesak bagi mendapat sokongan masyarakat Melayu di Pulau Pinang.
Katanya, dalam isu doa dalam khutbah jumaat yang dipolitikkan oleh Umno, mereka perlu mengenal pasti dengan bukti bahawa sememangnya wujud khutbah yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Tambahnya, jika ia adalah doa bagi memohon kesejahteraan itu adalah 'standard' dan tidak boleh diubah kepada nama-nama lain. Namun begitu, beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata sekiranya doa yang dibaca secara umum untuk diberikah hidayah, itu bukan masalah kerana ia suatu perkara yang biasa apabila rakyat berdoa untuk diberi petunjuk kepada sesiapa sahaja termasuk Ketua Menteri. Katanya, apa yang menjadikan isu itu satu fitnah Umno terhadap kerajaan negeri ialah perkataan 'ganti' yang digunakan dan ia satu pembohongan besar yang sengaja diperbesarkan untuk menimbulkan kemarahan rakyat di negeri ini. “Sebagai umat Islam kita boleh berdoa kepada sesiapa sahaja, namun begitu perkataan 'ganti' yang digunakan itu membahayakan kerana ia sudah disalah tafsir oleh sesetengah pihak selain ia melibatkan nama besar Yang di-Pertuan Agong dan Islam,” katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Tambahnya lagi, Umno bermain dengan isu yang sangat merbahaya dengan mengheret isu agama dan institusi istana bagi memenuhi agenda politik mereka supaya berlakunya kerenggangan antara kerajaan negeri dan masyarakat Melayu di Pulau Pinang. |
HALAMAN SANTAI
Isnin, 23 Ogos 2010
Khutbah: Umno terdesak dapatkan sokongan Melayu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan