| Mohd Ali Hashim |
| GEORGETOWN- Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya melonjakkan pelaburan sebanyak RM1.53 bilion sehingga bulan Jun tahun ini.
"Statistik ini adalah berdasarkan laporan pelaburan terkini di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Jun 2010 yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA). "Walaupun kita tidak dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan sebanyak RM4.2 bilion bagi tahun ini, kerajaan negeri pimpinan PR akan terus berusaha bagi merealisasikan matlamat tersebut," katanya dalam sidang media semalam. Tambahnya lagi, sasaran yang telah diletakkan bagi tahun ini adalah dua kali pelaburan jika dibandingkan dengan tahun 2009 sebanyak RM2.1 bilion. Beliau juga berkata, keyakinan tetap ada kerana potensi bagi pelaburan pada suku kedua adalah agak positif bagi mencapai sasaran dan matlamat yang telah ditetapkan. Katanya, walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang sering dihimpit dengan pelbagai serangan oleh Umno dan Barisan Nasional bagi menggugat kestabilan yang sedia ada, kejayaan demi kejayaan yang dipamerkan oleh pimpinan kerajaan negeri sukar untuk digugat sehingga kini. Yang terbaru ialah pengumuman kerajaan negeri bagi memberikan wang khas berjumlah RM1.5 juta kepada 3,577 kakitangan dan penjawat awam menjelang Aidilfitri yang akan datang sebagai menghargai sumbangan mereka. |
HALAMAN SANTAI
Jumaat, 20 Ogos 2010
Pelaburan Pulau Pinang melonjak RM1.53 bilion
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan