HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 Ogos 2010

Perhimpunan DIA: Polis nafi guna kekerasan

BERNAMA


Polis menafikan telah menggunakan kekerasan terhadap anggota sebuah pertubuhan yang berhimpun di depan Balai Polis Sitiawan di Lumut, Ahad lalu.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata dakwaan bahawa polis telah menggunakan kekerasan serta mengeluarkan perkataan berunsur perkauman ketika menghalang kumpulan itu daripada merempuh masuk ke balai berkenaan, adalah tidak berasas dan bertujuan menjatuhkan imej pasukan beruniform itu.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kumpulan berkenaan yang mendakwa pihak polis menggunakan kekerasan, termasuk mengeluarkan kata-kata berunsur perkauman semasa berdepan dengan mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Dailog Bersama Pengurusan Sime Darby Plantation di Lumut, semalam.

Zulkfili berkata sebagai sebuah pasukan profesional, anggota polis dilatih menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk ketika berdepan dengan tekanan.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas insiden perarakan dan perhimpunan sekumpulan anggota Persatuan India Dindings (DIA) di balai polis berkenaan untuk membuat laporan berhubung masalah dalaman persatuan itu.

Dalam kejadian itu, polis telah menahan dua anggota kumpulan tersebut iaitu ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran dan bekas setiausaha politiknya, P Sukumaran.

Zulkfili berkata mereka yang membuat dakwaan itu boleh mengemukakan bukti dan polis bersedia menyiasat kes tersebut serta mengenakan tindakan terhadap anggotanya yang didapati melakukan kekerasan.

"Dalam kejadian itu, polis terpaksa menggunakan kekerasan yang minimum semasa menahan dua orang kumpulan tersebut bagi mengawal keadaan...tidak ada sebarang tindakan kekerasan, atau kata-kata kesat berunsur perkauman digunakan.

"Ini satu tuduhan yang serius dan boleh membangkitkan kemarahan di kalangan orang ramai, khasnya kaum India," katanya.

Beliau berkata berdasarkan laporan yang diterima, anggota polis telah mengambil tindakan yang tepat apabila menghalang kumpulan tersebut daripada menyerbu masuk ke kawasan balai itu kerana sebelum itu, hanya beberapa wakil diminta masuk membuat laporan.


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita pun x mengetahui pucuk pangkal cerita ini...mungkin orang2 DIA ni datan seolah2 mahu merusuh & mengancam pihak polis...mungkin jg pihak polis telah salah sangka sehinggakan beberapa anggotanya melakukan keganasan yg tidak sepatutnya...

azman berkata...

adalah tidak patut mengatakan polis melakukan kekerasan, jika mereka tidak mempunyai bukti.
ini tuduhan tidak berasas yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tanpa Nama berkata...

tidak tahu mana satu pihak yang benar. hanya orang2 yang berada di tempat itu sahaja yang tahu cerita sebenar, dan kalau benar polis guna kekerasan, beranikan lah diri tu buat laporan.

Tanpa Nama berkata...

polis mmg tak menggunakan kekasaran semasa kejadian itu, dakwaan ini hnyalah untuk mencemarkan nama pihak polis, polis hnya menunaikan tanggungjawab mereka untuk menjaga keamanan.

Paquin berkata...

Bah pandai2 lah kita nilai dengan adil...susah juga mo buat andaian kalau kita sendiri tidak berada ditempat kejadian. hehe

Paquin berkata...

Memang lah sebelum ni nama polis asyik didakwa kononnya salahguna kuasa. Namun jangan sampai kerana nilai setitik rosak susu sebelanga... Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya. Saya harap hal ni taklah diperbesarkan sangat.

Boten_Trish berkata...

Proven until guilty. Until the truth is really out, then we can conclude. For now, it's better to stay neutral on this.

Tanpa Nama berkata...

kebenaran dakwaan ini belum terbukti..satu pihak cakap lain dan satu pihak lagi cakap lain..

Tanpa Nama berkata...

apa yang jelas, isu perkauman tidak harus dipermainkan..ianya boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian negara kita.

Tanpa Nama berkata...

semua dakwaan yang dibuat haruslah disokong dengan bukti2 yang sahih..tanpa bukti maka dakwaan tersebut hanyalah berbaur politik demi kepentingan segelintir individu atau kumpulan yang mana tidak memberikan manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya.

Tanpa Nama berkata...

harap perkara ini akan disiasat serta jelas secepat mungkin..mereka yang cuba mengugat keselamatan negara harus dikenakan tindakan undang2..

Anak Sabah berkata...

Apa-apa pun, diharapkan tiada kali kedua.