HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Disember 2011

POLITIK SABAH BERGEGAR LAGI ANGKARA MUSLI OLI

RONTOG DAILY.COM


Sebelum ini apabila YDP perkasa Sabah juga AMT USBO, Sdr Musli Oli bertindak keluar dari UMNO dan menyertai PKR, beliau mendakwa dibayar antara RM17 ribu sebulan semasa berada dalam parti UMNO. Sambil menyifatkan bahawa tindakannya keluar dari UMNO itu bukan kerana faktor Wang tetapi bersangkut dengan prinsip perjuangan. Pendedahan sdr Musli Oli mendapat pandangan sinis daripada MP Kota Belud,YB Datuk Rahman Dahlan apabila dalam FCB MP Kota belud seolah-olah mempertikaikan kenyataan sdr Musli Oli dan membuat bandingan bahawa MP atau Ahli Parlimen hanya diperuntukkan sekitar RM6500 sahaja,jauh lebih rendah daripada yang diperolehi oleh sdr Musli Oli yang bukan bertaraf Ahli Parlimen atau YB.

Pendedahan Musli Oli tentang kepincangan UMNO dalam mengurus keikhlasan kepada Sabah dan sarawak terus dilakukan oleh blogger itu dalam Blognya Sekali ketuk dan kemudiannya dipostkan dalam laman portal Rontogdaily. Terbaru dalam ceramah di kg Tajau, Tuaran, YD Perkasa itu pula membuat pendedahan berani yang menyebabkan politik Sabah BERGEGAR!. Musli OLi dalam kenyataanya mendakwa UMNO membayar beliau RM9 ribu sebulan untuk menyerang Datuk seri Anwar Ibrahim dan parti PKR dalam penulisannya di Blognya.

Pendedahan itu bukan sahaja memberi satu persepsi baru dalam minda luar sedar politik anak-anak muda di sabah tetapi juga ia memberikan jawapan kepada apa yang sebelum ini dilaung-laungkan oleh pemimpin PKR mengenai dengan KONSPIRASI KOTOR DAN JIJIK yang dibuat oleh UMNO untuk menjatuhkan dan mengaibkan Datuk seri Anwar Ibrahim.

Jika sebelum ini rakyat Sabah hanya mendengar khabar-khabar angin dari pemimpin PKR di semenanjung tetapi kali ini, dengan pendedahan anak tempatan kelahiran Kota belud itu, sdr Musli Oli dilihat menjadi ikon baru perjuangan PKR di sabah. Mungkin tidak setanding dengan Dr Jeffry Kitingan yang telah meninggalkan parti PKR tetapi kehadiran Musli Oli dilihat menyuntik semangat baru dalam perjuangan menuntut HAK_HAK SABAH seperti yang terkandung dalam 20 Perkara perjanjian Malaysia.

Sumber http://kelapamawar.blogspot.com/2011/12/politik-sabah-bergegar-lagi-angkara.html

Tiada ulasan: