RONTOG DAILY.COM
Cerita lembu dalam UMNO nampaknya belum habis.
Belum pun reda cerita sebenar tentang lembu-lembu RM250 juta, timbul pula cerita mengenai dakwaan bahawa Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee cuba dicederakan oleh orang-orang yang tertentu – yang jika betul dakwaan itu bolehlah dianggap sebagai ‘orang-orang yang mungkin telah terkena badi lembu’.
Susulan kekecohan yang ditimbulkan oleh orang-orang itu, UMNO Bahagian Cheras kini menuntut penjelasan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kerana menurut yang membuat dakwaan, dua pegawai Shahrizat turut bersama kumpulan yang terkena badi itu. (kisah mengenainya boleh dibaca di sini dan di merata portal dan blog)
Timbalan ketua bahagian tersebut Datuk Mahadi Abdul Shukor berkata, Shahrizat perlu bertanggungjawab terhadap kejadian pada 15 Disember itu. Ketetapan mengenai perkara itu dibuat dalam mesyuarat khas bahagian semalam.
Sementara itu, ketetapan lain yang dicapai dalam mesyuarat tergempar Umno Cheras bersama sayapnya hari ini ialah:
(1) Bertegas dan mendesak pengurusan NFC supaya segala isu berbangkit diselesaikan secara telus demi memelihara kredibiliti perdana menteri, timbalannya, serta survival Umno menjelang pilihan raya ke-13.
(2) Umno Cheras tetap menentang apa jua penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan amalan kronisme yang dibimbangi akan menghakis keyakinan rakyat dan dalam masa yang sama tetap memperjuangkan nasib rakyat, terutama diperingkat akar umbi.
(3) Kesal dengan inisden tersebut yang dilihat seperti ada dalang yang merancang untuk melakukan kekecohan di pejabat Umno Cheras.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan