HALAMAN SANTAI

Khamis, 3 Mei 2012

Perbuatan biadap dan samseng, kata Perkasa

 
Selama kewujudan SPR kredibiliti dan ketelusan badan itu tidak boleh dipersoalkan terutama setelah menjalankan pelbagai pilihan raya umum dan kecil.




PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyatakan sokongan penuh di atas pentadbiran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan menyifatkan tindakan pembangkang mendesak Pengerusi badan itu meletak jawatan adalah perbuatan biadap dan samseng.

Setiausaha Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, selama kewujudan SPR kredibiliti dan ketelusan badan itu tidak boleh dipersoalkan terutama setelah menjalankan pelbagai pilihan raya umum dan kecil.

Malah katanya, jawatan pengerusi SPR yang dipegang Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof itu adalah lantikan oleh Yang Dipertuan Agong.

“Pelbagai penambah baik sistem pilihan raya yang telah dijalankan oleh SPR contohnya seperti kes dakwat kekal telah dilaksanakan bagi memastikan proses pilihan raya di Malaysia benar-benar adil dan saksama.

“SPR merupakan satu jawatan yang ditugaskan untuk menjayakan pilihan raya, Tan Sri sendiri dilantik sebagai pengerusi SPR oleh

Agong. Ini menjelaskan tidak ada mana-mana pihak yang boleh mengarahkan beliau meletakkan jawatan,” katanya.

Sebagai contoh, pada pilihan raya umum ke-12 membuktikan ketelusan SPR apabila Barisan Nasional (BN) hilang 2/3 majoriti di beberapa negeri, walaupun mendapat pelbagai tuduhan dari pembangkang selama ini.

Syed Hassan turut mempertikaikan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang bertanding pada tahun 1982 sehingga 1995 atas tiket BN, namun setelah dipecat mulai mempersoalkan kewibawaan SPR.

Menyentuh mengenai perhimpunan Bersih 3.0 yang didakwa didalangi pembangkang, Syed Hassan berkata ia hanya sekadar memburukkan imej negara.

“Sikap hipokrit Anwar yang sengaja menuduh bahawa SPR tidak berlaku adil hanya sekadar niat politik beliau yang mempunyai agenda yang tersirat.

“Dengan mengadakan Perhimpunan Bersih 3.0 adalah tindakan yang jahat hanya sekadar untuk memburukkan imej negara dan SPR,” ujar beliau.

Sebelum ini, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said mendesak kesemua ahli panel SPR termasuk pengerusinya meletak jawatan serta-merta atas alasan rakyat sudah tidak lagi yakin dengan badan pengendali pilihan raya khususnya membabitkan status daftar pemilih.

Tiada ulasan: