MALAYSIA KINI
Akhbar Mingguan Malaysia menyiarkan
semula satu puisi oleh pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said
berhubung kepemimpinan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Puisi September 2003 berjudul Dirgahayu Mahathir
disiarkan semula ekoran "perubahan ketara" sikap A Samad yang kini
"asyik bersama para pemimpin pembangkang", menurut tulisan pengarang
akhbar tersebut dalam ruangan Bisik-bisik Awang Selamat.
"Awang
difahamkan, sebahagian teman rapat beliau dari kalangan dunia saster
merasa malu. Mereka yakin Pak Samad dipergunakan oleh pihak tertemtu
yang mepunyai agenda serong.
"Khabarnya beliau bertindak demikian kerana mempunyai kekecewaan peribadi dan hal tertentu yang tidak tertunai.
"Maka ia menjadi titik tolak bermula era segala-galanya tidak betul dan menyalahkan kerajaan," menurut tulisan dalam edisi Ahad Utusan Malaysia itu lagi.
Mahathir
juga kini tidak terlepas daripada menjadi sasaran kritikan A Samad,
menurut tulisan Awang Selamat itu lagi yang mengaku "belum tergamak
untuk menghentam Pak Samad."
"Tapi maafkanlah Pak Samad. Seperti
kata pujangga, bukan semua pejuang akan sampai kepada destinasi
perjuangan sebenar. Ada yang akan tersasar dan melencong di pertengahan
jalan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan