"... mereka sudah pasti akan menelitinya," kata Apoline Cagnat (tengah dalam gambar), di majlis taklimat untuk ahli Parlimen Malaysia di Singapura hari ini.
Walaupun pembunuhan Altantuya bukan merupakan elemen paling kritikal dalam siasatan tersebut - yang memberi tumpuan kepada dakwaan pembayaran komisen dalam perolehan dua kapal selam kelas Scorpene oleh Malaysia - tetapi ia adalah salah satu aspek utama, kata Cagnat.
Oleh itu, beliau percaya dua hakim penyiasat akan meminta nota prosiding perbicaraan kes pembunuhan itu, di mana dua anggota keselamatan, telah disabitkan dengan kesalahan membunuh Altantuya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan