HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Mei 2013

Keputusan PRU 13 Parlimen Permatang Pauh : Anwar Ibrahim VS Dr Mazlan Ismail. Anda Pilih Karakter VS Karisma?

Staff Berita Semasa
 
keputusan pru 13 permatang pauh

Keputusan PRU 13 Parlimen Permatang Pauh : Kerusi Parlimen Permatang Pauh, merupakan antara kerusi panas dalam PRU13 ini dimana berlakunya pertembungan di antara Ketua Umum PKR yang juga merupakan figura politik Malaysia, Anwar Ibrahim dan Dr. Mazlan Ismail yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Selain itu, kerusi Parlimen Permatang Pauh ini juga ditetang oleh calon Bebas, Dr Abdullah Zawawi Shamsudin. Malangnya…..
Malangnya harapan ramai penyokong “tegar” blogger Papagomo yang pernah berhasrat untuk bertanding secara sihat atas kapisiti beliau sebagai calon parlimen Permatang Pauh menentang seteru utamanya Anwar Ibrahim berkecai, apabila empunya diri tidak muncul diri. Hilang entah ke mana….
Pastinya, jikalau Papagomo bertanding dalam kerusi parlimen Permatang Pauh, antara bahan kempen yang bakal dikemukakan ialah koleksi video-video seks yang disimpannya selama ini untuk didedahkan kepada warga Permatang pauh amnya dan rakyat Malaysia umumnya atas nama perjuangan yang didukungnya selama ini. Namun, semua tahu ia tidak menjadi kenyataan.

Jadi, sekarang ini hanya wujud perlawanan 3 penjuru di antara PKR, BN dan Calon Bebas. Tetapi, sudah semestinya perhatian akan diberi kepada Anwar Ibrahim dan Dr Mazlan Ismail kerana kedua-duanya membawa dua nama besar politik tanahair.

Pertembungan di Parlimen Permatang Pauh, akan menjadi medan samada Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya ataupun berkuburnya kerjaya politik beliau sekiranya tewas kepada calon BN, Dr Mazlan Ismail. Kerusi Permatang Pauh bukanlah satu perkara asing buat Anwar Ibrahim.

Ianya merupakan kubu kuat UMNO ketika Anwar Ibrahim masih bersama sebelum dipecat pada tahun 2008.
  • Sejak itu, kerusi Permatang Pauh menjadi kubu kuat Parti Keadilan Rakyat dan akhirnya menjadi milik Anwar Ibrahim semula
  • Setelah isterinya, Wan Azizah yang juga penyandang bagi kerusi tersebut sebelum ini pada tahun 2004, memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding di atas kerusi yersebut pada tahun 2008 dan menang dengan majoriti yang agak besar.

Keputusan PRU 2008 Permatang Pauh VS Ramalan keputusan PRu 13 Tahun 5 Mei 2013 Ini?

keputusan pru 13 permatang pauh

Dr Mazlan Ismail? Siapa Dr Mazlan ini? Entah, Berita Semasa pun tidak kenal sangat. terus-terang kami katakan nama ini pertama kali kedengaran di halwa telinga kami. Satu nama yang agak asing dalam dunia politik, tetapi mungkin cukup dikenali di dunia perniagaan. Melalui maklumat yang boleh didapati, Mazlan ismail merupakan bekas Naib Ketua Pemuda Pas Negeri, yang juga Bekas Timbalan Presiden, Network Operation Telekom Malaysia.
Beliau diletakkan BN sebagai calon yang mampu menewaskan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh oleh kerana UMNO mahu calon yang dikatakan berpewatakan alim dan bersih, seorang yang terpelajar bagi mengimbangi kekuatan dan karakter Anwar Ibrahim dikalangan pengundi Permatang Pauh.

Keputusan PRU 13 Permatang Pauh : Karakter VS Karisma?

Dengan macam-macam isu yang terpalit pada Anwar Ibrahim, dengan media arus perdana juga tidak henti-henti membantai karakter Anwar Ibrahim siang dan malam, sedikit sebanyak ia menjejaskan kredibiliti Anwar Ibrahim di mata rakyat, rakyat Permatang Pauh secara amnya.

Tetapi persoalannya di sini, mampukah Dr Mazlan menewaskan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh? Adakah karakter Dr. Mazlan sendiri mampu untuk membunuh karisma Anwar Ibrahim di mata pengundi Permatang Pauh? Dan adakah BN telah berjaya menggunakan segala kekuatan media arus perdana yang ada ketika ini bagi menjejaskan kredibiliti & integriti Anwar Ibrahim di mata rakyat? Sama-sama kita nantikan.

Apa pandangan anda pula?

Tiada ulasan: