KL TODAY
KUALA LUMPUR: “Dakwat
cap apa tu, kena goncang dulu baru boleh pakai. Kos beli dakwat habis
2.4 juta ringgit. Tak kan beli dakwat harga murah,” tulis Ketua Pemuda
PAS Malaysia, Nasrudin Hassan di dalam facebook.
Beliau
menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan SPR berhubung
dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal
semalam mudah hilang dengan membasuh jari.
Setiausaha
SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan menyatakan
ekoran dakwaan itu pihaknya membuat beberapa ujian dan hasilnya jari
dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal
berbanding botol yang tidak digoncang.
Begitupun,
beliau menegaskan setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi
semalam tidak boleh mengundi sekali lagi pada 5 Mei dan SPR akan terus
menggunakan dakwat itu pada hari pengundian.
Justeru,
Nasrudin yang juga calon PAS bagi Parlimen Temerloh berharap tidak
berlaku ketirisan dalam perbelanjaan membeli dakwat tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan