HALAMAN SANTAI

Selasa, 20 Ogos 2013

Hakim jaga amanah, jangan berpihak kepada sesiapa – Abdul Kadir

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman tidak menolak kemungkinan wujud penolakan petisyen mahkamah pilihan raya sebagai ‘tidak betul’.

“Kadang-kadang keputusan dibuat itu tak betul. Kita kena tengok alasan yang dia (mahkamah) bagi, betul ke tidak,” katanya kepada Keadilandaily.
hakim kadir
Kadir menjelaskan, prosedur mahkamah pilihan raya begitu pantas bertujuan mengelakkan kes tertangguh ke pilihan raya berikutnya.

“Perkara ini sangat teknikal (kerana) peraturan dah macam itu. Ini kes pantas. Kita (mahkamah) pergi kepada substance (hujah).

“Kalau salah sahaja, ‘TKO’ (ditolak),” kata Kadir merujuk kesilapan peguam, antaranya sekecil kesalahan mengisi borang petisyen.

Namun katanya, penghakiman mahkamah pilihan raya wajar memberi ruang kedua pempetisyen.

“Pastikan ada hak merayu,” kata Kadir yang berkhidmat hampir 40 tahun dengan kerajaan.

Abdul Kadir sebelum ini mengejutkan negara selepas pilihan raya umum lalu apabila menerima pencalonan Pakatan Rakyat untuk menjadi Speaker Dewan Rakyat.

Beliau juga pernah menjadi penasihat Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Majlis Penasihat Pemangku Raja ketika Sultan Mizan menjadi Yang DiPertuan Agong pada (2006 -2011).

Ikuti temubual bersama beliau mengupas isu-isu semasa perundangan dan politik dalam keluaran Suara Keadilan edisi ke 135 esok.

Tiada ulasan: