Oleh: Mohd Arif Juhani
KUALA LUMPUR: Hakim Mat Ghani Abdullah menetapkan 18 September bagi mendengar permohonan rayuan bagi membebaskan 33 aktivis atas tuduhan berhimpun dan membuat kekacauan di hadapan bangunan Parlimen 24 Jun lepas.
Peguam Latheefa Koya dalam permohonannya kepada hakim untuk memberi kelonggaran kepada semua Orang Kena Tahan (OKT) daripada menghadiri perbicaraan pada hari pengurusan kes tersebut.
“Walaupun peguam tiada masalah dengan tarikh tersebut tetapi saya merayu kepada Yang Arif untuk mengecualikan OKT daripada hadir kerana bilangan mereka yang ramai,” katanya
Latheefa berkata demikian ketika rundingan penetapan tarikh di Mahkamah Sesyen 2, Kompleks Mahkamah Wilayah Persekutuan, hari ini.
Kumpulan berkenaan termasuk pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin dan warga emas Anne Ooi.
Turut didakwa pemimpin mahasiswa Adam Adli dan Safwan Anang.
Kesemua OKT dibahagi kepada tiga kumpulan diwakili peguam Latheefa Koya dan Radzlan Jalaudin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan