HALAMAN SANTAI

Khamis, 22 Ogos 2013

Rafizi: Selesai luar mahkamah tak bersihkan Najib


MALAYSIA KINI


 
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli terus mempersoalkan keputusan Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan, menganugerahkan projek pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) kepada syarikat dipersoalkan, menyebabkannya tidak selesai hingga sekarang.

NONERafizi (kanan) berkata, beliau akan terus mengetengahkan isu itu walaupun penyelesaian luar mahkamah dengan bekas menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes saman fitnah naib presiden Umno itu terhadapnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur direkodkan hari ini.

"Bagaimanapun, keputusan pada hari ini tidak membersihkan nama penjawat-penjawat awam yang lain yang perlu memikul amanah menjelaskan perkara-perkara ini. 

 "Anugerah kontrak penswastaan Puspahanas oleh menteri pertahanan pada ketika itu, Datuk Seri Najib Razak kepada Awan Megah Sdn Bhd apabila syarikat itu tidak layak sehingga ia terus bermasalah dan terbengkalai sehingga hari ini.

"Saya akan terus membawa isu ini supaya sekiranya ada sebarang penyelewengan, ia akan dipertanggungjawabkan sewajarnya," katanya.

Rafizi berkata, Lembaga Pengarah Boustead Holdings Berhad meluluskan urusniaga RM160 juta yang menguntungkan Awan Megah Sdn Bhd dan Astacanggih Sdn Bhd sedangkan penilaian urusniaga menunjukkan Awan Megah Sdn Bhd tidak ada hakmilik ke atas tanah seluas 223 ekar yang diurusniagakan.

"Keputusan yang dicapai di mahkamah pada hari ini tidak ada prejudis kepada isu-isu ini dan saya akan terus membawa isu ini sehingga ada pertanggungjawaban yang sewajarnya," katanya.

Tiada ulasan: