MALAYSIA KINI
Menteri
Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau dan kerajaan negeri
Selangor menerima cabaran Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk
Seri Maximus Ongkili bagi mencari penyelesaian isu projek loji rawatan
air Langat 2 dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.
Abdul Khalid berkata beliau sudah memulakan mesyuarat dan menghantar pegawai kerajaan negeri untuk bertemu rakan sejawatan masing-masing di kementerian berkenaan bagi menentukan terma serta topik perbincangan bagi mesyuarat berkenaan.
Kelmarin, Ongkili berkata pihaknya mencadangkan agar projek Langat 2, yang akan dibina bagi proses rawatan air mentah dari Pahang, perlu diteruskan namun kerajaan Persekutuan dan negeri perlu mencapai persetujuan bersama berhubung rundingan penyusunan semula industri air Selangor.
"Kini terserah kepada Kementerian berkenaan," kata Abdul Khalid dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri semalam.
Menyentuh nasib pelajar tajaan Selangor di Mesir, beliau berkata kerajaan negeri akan bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan yang sudah memulakan usaha membawa pulang mereka dengan penerbangan komersial.
Ketika ini terdapat 1,479 pelajar Selangor mengikuti pengajian di Mesir dalam pelbagai kursus.
Abdul Khalid berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menubuhkan satu pusat operasi bersepadu bagi mengendali keselamatan dan kebajikan pelajar Selangor di Mesir sejak 19 Ogos lepas.
Bilik operasi bagi pusat itu terletak di tingkat 3, Bilik Mesyuarat Bahagian Pendidikan, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah di Shah Alam, yang beroperasi 24 jam, katanya.
Ibu bapa atau penjaga yang ingin mendapatkan maklumat terkini situasi di Mesir boleh menghubungi Ketua Pusat Operasi Ustaz Ahmad Bustaman dan kakitangannya di talian 03-5514 3576/3439/3520/3534.
Abdul Khalid juga meminta pelajar yang sudah kembali ke Selangor dari Mesir mendaftar dengan JAIS menerusi e-mel di alamat opsmesir@jais.gov.my.
"Pelajar dikehendaki memberi nama penuh, nombor MyKad, nombor telefon dan alamat terbaharu bagi memudahkan JAIS menyediakan data pelajar Selangor yang sedang bercuti di Malaysia," katanya.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan