MALAYSIA KINI
Kartunis
terkenal Zunar hari ini mengutuk penahanan jurulatih anjing Maznah Mohd
Yusof bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan selepas memuat naik video hari
raya yang menampilkan anjing.
Menurutnya, menyinggung perasaan pihak-pihak tertentu dengan video itu bukan satu jenayah, sebaliknya sekadar provokasi sosial.
"Penahanan ini mengklasifikasikan Maznah sebagai seorang penjenayah, sekali gus menafikan hak asasi dan hak bersuara beliau," kata pelukis kartun satira politik itu.
Maznah akan disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan suasana tidak harmoni dan Seksyen 4 Akta Hasutan.
Dalam kenyataannya hari ini, Zunar (atas) berkata, dalam sesebuah karya satira kreatif, menyinggung pihak-pihak tertentu dalam menyampaikan mesej tidak dapat dielak dengan syarat pengkarya bersedia menerima kritikan balas.
"Sehubungan itu, sesiapa saja bebas mengkritik Maznah, dan saya percaya beliau bersedia menerima kritik balas dan dia telah pun memberi penjelasannya.
"Ini selari dengan sebuah budaya perdebatan positif yang berlandas hujah dan akal sihat," katanya.
Mengambil contoh daripada sirah Rasulullah, Zunar mengingatkan, Nabi Mohamad sendiri sentiasa berhadapan provokasi dan mengambil tindakan bijaksana menghadapinya tanpa perlu menggunakan kekerasan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan