HALAMAN SANTAI

Khamis, 1 Ogos 2013

Nurul Izzah kekal MP Lembah Pantai


MALAYSIA KINI


 
Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur hari ini menolak petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan terhadap penyandang anggota Parlimen Nurul Izzah Anwar.

NONEHakim pilihan raya Zabariah Mohd Yusof membenarkan kebanyakan bantahan awal yang dibuat oleh peguam Nurul Izzah, Edmund Bon.

Sazali diperintah membayar kos RM40,000.

Justeru, Nurul Izzah kekal di kerusi itu setelah pertembungan sengit dengan bekas menteri Wilayah Persekutuan dengan Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Nurul Izzah mendapat 31,008 undi manakala Raja Nong Chik pula 29,161, menjadikannya majoriti 1,857 undi.

Tiada ulasan: