HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Mac 2014

Selawat Perdana: TH sumbang RM100,000

Selawat Perdana Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (tengah) ketika menyerahkan sejadah kepada Setiausaha Sekretariat Selawat Perdana 1435H/2014M, Shahrul Nasrun Kamarudin (kanan) dan Ketua Penerangan Majlis Gabungan NGO Melayu Negeri Johor, Abdullah Md Yusof pada majlis penyerahan sumbangan bagi penganjuran Selawat Perdana 1435H/2014M di Bangunan Tabung Haji di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM100,000 berupa sejadah bagi penganjuran Majlis Selawat Perdana 'Malam Cinta Allah dan Rasul' yang menyasarkan lebih 500,000 pengunjung pada pukul 8 malam esok di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.
 
Sumbangan diserahkan Pengerusi TH Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kepada Setiausaha Sekretariat Selawat Perdana, Shahrul Nasrun Kamarudin di sini.
 
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Abdul Azeez berkata 100,000 sejadah akan diberikan kepada setiap mereka yang datang awal bagi memeriahkan suasana majlis.
 
"Saya difahamkan program akan bermula seawal jam 5 petang dan di kesempatan ini, saya turut menjemput keluarga, sahabat taulan kepada mangsa-mangsa pesawat MH370 yang menjadi misteri sehingga hari ini untuk turut serta bersama mengerjakan solat hajat yang turut diadakan nanti," katanya.
 
Majlis yang bertemakan Kesatuan, Perpaduan dan Persaudaraan itu akan menampilkan ikon agama dan pendakwah terkenal seperti Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf serta Habib Ali Zaenal Abidin dari Indonesia.
 
Pelbagai aturcara seperti solat Maghrib dan Isyak berjemaah, zikir terapi, bacaan al-Quran daripada finalis rancangan Imam Muda, tazkirah duet peserta Pencetus Ummah serta majlis ilmu bersama pendakwah terkenal. - Bernama

1 ulasan:

Unknown berkata...

Salam utk semua,

Astaghfirullah, apa sudah jadi dgn umat dan ulamak Islam ni? Mana perginya JAKIM? kenapa biarkan kerja-kerja mensyirikkan Allah SWT, menDUAkan Allah SWT ini berleluasa? Wahai para penduduk putrajaya, tunggulah bala dari Allah SWT!!!

Allah murka dgn umat Nabi Isa sbb mereka tlh menTIGAkan Allah SWT, mereka telah mensyirikkan Allah SWT. Sekarang para ulamak Islam cuba mensyirikkan Allah SWT dgn mengangkat Nabi Muhammad setaraf dgn Allah SWT, mereka kata tanpa syafaat Nabi Muhammad mereka tdk akan masuk syurga, mereka kata Nabi Muhammad adalah kekasih Allah, lebih mulia dari Nabi Isa yg hanya anak Allah.

Bertaubatlah para ulamak dan umat Islam, hentikanlah perbuatan syaitan mengkristiankan agama Islam ini.