Antara laman sosial yang menjual ubat gugur kandungan secara terbuka.
SHAH ALAM - Lambakan penjualan ubat untuk menggugurkan janin yang
diiklankan secara terbuka melalui laman sosial menjadi isu baharu yang
mengejutkan apabila kisah penjualan ubat itu mula diperkatakan sejak
beberapa hari lalu.
Berdasarkan hasil tinjauan Sinar Harian, banyak laman web, media sosial dan ruangan iklan di internet menawarkan pelbagai pakej harga yang kononnya berpatutan.
Tanpa rasa bersalah, pengendali laman blog atau Facebook yang menjual ubat-ubatan itu turut bersedia memberikan khidmat nasihat dan panduan penggunaan ubat yang dijual mereka.
“Pil ini membantu ‘mencuci’ khas untuk wanita yang hamil dalam kandungan 23 minggu ke bawah sahaja. Hanya ikut arahan untuk pengambilannya dan dalam masa 12 jam akan segera ‘cuci'.
"Khas untuk wanita hamil jarak dekat, terlanjur, belum berkahwin dan ‘senang hamil’," menurut salah satu iklan yang ditemui.
Penjual ubat menggugurkan janin itu juga membandingkan kos pil dengan pengguguran di hospital swasta sebagai tarikan produk mereka.
Bukan sahaja berlagak serba tahu, bahkan terdapat iklan yang sanggup menggunakan nama Kementerian Kesihatan bagi mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan mereka.
“Pil ini didatangkan terus kepada anda dengan bungkusan asal dan tertera nombor pendaftaran Kementerian Kesihatan pada bungkusan. Dengan pembelian dari saya, anda akan diajar cara pengambilan dengan betul dan sukatan dos yang bersesuaian.
Saya sendiri akan memantau setiap perkembangan pelanggan semasa pengambilan (ubat gugur) sehingga proses cuci berjalan," menurut satu lagi iklan di internet.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan pihaknya sedang membuat siasatan dalam isu ini.
“Penjualan ubat keguguran masih dalam siasatan kementerian," katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, beberapa paparan skrin akaun Facebook yang menjual pil gugur kandungan terbesar di media sosial.
Ekoran pendedahan itu yang mendapat kecaman orang ramai, salah satu akaun Facebook yang didakwa menjual ubat itu sudah pun ditutup menjelang tengah hari semalam.
Mengikut Seksyen 312, Kanun Keseksaan, individu yang menggugurkan anak boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan