KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata
Pakatan Rakyat (PR) perlu menghantar nama calon menteri besar lebih
daripada satu kepada Sultan Selangor kerana perikatan itu bukan entiti
tunggal.
Menurut Dr Mahathir, ia berbeza dengan Barisan Nasional (BN) kerana
parti itu merupakan perikatan yang berdaftar dan tidak ada siapa pernah
membantah keputusannya apabila menghantar satu nama saja.
"Saya pilih (calon menteri besar) berdasarkan sokongan popular dan
tiada siapa yang tidak puas hati, maka tidak perlu saya bagi lebih
daripada satu nama," katanya.
Tun Mahathir berkata demikian mengulas pertikaian jumlah nama yang perlu dihantar ke istana mengikut konvensyen.
Dalam krisis menteri besar Selangor yang masih belum selesai sekarang,
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, amalan menghantar
satu nama dipraktikkan sejak zaman pemerintahan BN pada 1957.
Dr Mahathir juga berkata sebelum ini, menjadi amalan biasa semasa
beliau mentadbir negara, dengan mengemukakan hanya satu nama kepada
sultan.
Desas-desus Sultan Selangor sudah perkenan memilih sama ada ADUN PAS
Iskandar Samad atau Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali semakin hangat.
Ia selepas baginda menegur Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bertegas
untuk hanya mencalonkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
sebagai MB menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Khalid meletak jawatan sebagai MB selepas beliau dipecat daripada PKR.
Bagaimanapun Sultan Selangor meminta Khalid meneruskan tugas sebagai MB
sehingga calon baru dilantik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan