SHAH ALAM: Calon yang akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang
baharu mungkin mengambil pendekatan berdiam diri apabila diminta
berbuat demikian oleh pihak istana.
Justeru penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata
adalah tidak menghairankan mengapa individu itu mengunci mulut sehingga
kini.
Esok (Selasa) Istana Selangor akan mengadakan istiadat pelantikan pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Mungkin siapa yang dapat jawatan itu pun tidak dibenarkan untuk
mengumumkan terlebih dahulu daripada pihak sultan," kalau tidak mesti
sudah diumumkan awal.
"Sebab tujuan tidak diberitahu awal itu adalah takut timbul pergaduhan, tidak mahu mengulangi macam mana yang terjadi Perak.
"Terlalu awal siapa Menteri Besar diberitahu adalah demonstrasi dan pergaduhan," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.
Atory berkata arahan daripada istana itu dilihat perlu bagi mengelakkan
suasana tegang dan mengelakkan insiden yang berlaku di Perak berulang.
Pada 2009, kerajaan negeri Perak kucar-kacir apabila berlaku peralihan
kuasa melibatkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin (Pakatan Rakyat) dan Datuk
Zambry Kadir (BN).
Penyokong Pakatan Rakyat bertindak berkumpul di hadapan bangunan
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk menghalang Zambry dan barisan
exconya memasuki bangunan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan