MALAYSIAKINI
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menggesa para hakim
yang mendengar kes bawah Akta Hasutan bertindak lebih tegas dalam
menjatuhkan hukuman.
Menurut beliau ketegasan diperlukan bagi membuat rakyat takut dan gerun
untuk membuat kesalahan khususnya dalam kes melibatkan hubungan kaum dan
hasutan.
"Sekarang ini hakim beri hukuman ringan dulu, bila pendakwa raya minta baru beratkan.
"Sekarang sudah tak boleh begitu. Patut mula jatuhkan hukuman penjara dulu kalau ada rayuan baru kurangkan.
"Negara ini kalau nak diselamatkan kena ada kekerasan dalam pelaksanajan undang-undang," katanya.
Beliau berucap dalam forum bertajuk 'ISA: Masih relevan atau tidak?' di Kuala Lumpur hari ini.
Panel lain ialah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Pengerusi NGO PERKASA Datuk Ibrahim Ali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan