Azmin Ali
PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dijangka
mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
hari ini bagi membincangkan isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang
baharu.Sumber mengatakan Azmin mahu bertemu dengan Anwar bagi mendapat 'restu' sekiranya dipilih sebagai menteri besar oleh Sultan Selangor.
Adun Bukit Antarabangsa itu tiba di ibu pejabat PKR kira-kira jam 1.05 tengahari tadi dan sejam kemudian Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula sampai disusuli oleh Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Selain Azmin, dua Adun Pas Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi turut disebut bakal menjadi pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan