MALAYSIAKINI
Istana Selangor dilaporkan sudahpun menemuduga tiga orang calon – dua
anggota Exco dari PAS dan seorang ADUN PKR – untuk dilantik sebagai
menteri besar yang baru.
Laporan The Star Online hari ini menyebut, Iskandar Samad, Dr
Ahmad Yunus Hairi dan Azmin Ali hadir dalam sesi temuduga berasingan
yang diadakan dalam tempoh seminggu lalu.
Laporan yang memetik sumber tidak dinamakan itu turut menyenaraikan nama
anggota panel temuduga berkenaan - Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk
Mohamed Khusrin Munawi, penasihat undang-undang negeri, Datuk Nik
Suhaimi Nik Sulaiman serta dua anggota Majlis DiRaja.
Menurut portal itu lagi, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut
dimaklumkan mengenai temuduga tersebut oleh timbalan presidennya, Azmin
Ali.
Laporan itu juga mendakwa Anwar sudahpun menerima perkembangan tersebut secara positif dan akur untuk “melupakan perkara itu”.
Perkara itu dinafikan sumber
PKR yang menyebut, mesyuarat biro politik pada malam tadi hanya
membincangkan mengenai senario yang mungkin berlaku sekiranya sultan
Selangor benar-benar berhasrat agar Azmin dipilih menjadi MB.
“Keputusan semalam hanya untuk mempertegas pilihan yang dibuat sebelum
ini iaitu Wan Azizah sebagai menteri besar,” kata anggota Majlis
Pimpinan Pusat PKR.
Cakap-cakap yang mendakwa PKR bersetuju dengan pelantikan Azmin itu timbul susulan kenyataan beberapa pengikut Azmin di Twitter selepas mesyuarat pada malam tadi.
Mesyuarat di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya itu dihadiri beberapa orang
anggota Majlis Pimpinan Pusat dan dipengerusikan oleh Wan Azizah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan