HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 September 2014

Buktikan PKR 'beli' saya, kata Saari pada Hadi

MALAYSIAKINI


 


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Saari Sungib dilapor mencabar presiden partinya Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengemukakan bukti beliau “dibeli” oleh PKR.

Perkara itu dilontarkan ekoran tindakannya menandatangani akuan berkanun (SD) yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai pengganti Menteri Bersar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saari, wakil rakyat Hulu Selangor menjelaskan, beliau menandatangani SD itu bagi mengelakkan Khalid menyebabkan lebih banyak masalah pada negeri itu, lapor The Star Online.

“Peguam menjelaskan bahawa ADUN mesti memindahkan sokongan kepada calon lain untuk mengesahkan SD itu, dan kami sokong Wan Azizah kerana PKR dan DAP setuju dengan pencalonannya,” beliau dipetik sebagai berkata.

Hadi semalam berkata, PKR tidak patut "mencuri" dua wakil rakyatnya, Saari dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk menyokong Azizah sebagai calon menteri besar.

"Takut majoriti tak dapat, curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat. Adakah ini etika bertahaluf?

"Kita tidak memandang ringan, dua wakil rakyat yang sanggup menyeberang, yang jadi broker, yang jadi barua, semua ada,” katanya.

Portal berbahasa Inggeris itu juga hari ini melaporkan Saari sebagai menegaskan, beliau hanya cuba mengekalkan kekuatan Pakatan di Selangor.

“Banyak ulama dalam parti, tetapi mereka masih benarkan tindakan mengutuk saya atas tindakan saya, yang sebenarnya hukuman sebelum perbicaraan. Parti Islam jenis apa ini?

“Di muktamar, pengerusi tetap tidak campur tangan apabila perwakilan berdoa supaya tuhan murka pada saya. Perkara ini sangat memalukan parti,” belia dipetik sebagai berkata.

Perwakilan dalam muktamar PAS sebelum ini mengambil peluang dalam ucapannya untuk membacakan doa mengutuk Saari dan Hasnul selain Timbalan Presiden Mohamad Sabu.

Wakil PAS Wilayah Persekutuan Azhari Ariffin berkata, dua ADUN itu ibarat ejen perosak dalam parti dan menyifatkan mereka sebagai “nila setitik yang merosakkan susu sebelanga”.

Tiada ulasan: