HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 September 2014

DAP Sabah gesa PM belajar dari Scotland

MALAYSIAKINI


 


DAP Sabah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil pelajaran daripada referendum rakyat Scotland untuk berurusan dengan cara bertamadun dengan rungutan-rungutan daripada Malaysia Timur.

Pengerusi DAP negeri Jimmy Wong (kanan) berkata, Najib patut mencontohi rakan sejawatnya di Britain David Cameron yang demoktratik, dengan mendengar suara daripada Sabah dan Sarawak sebelum menggunakan Akta Hasutan terhadap pihak didakwa pemisah.

Scotland dikejutkan dengan cadangan merdeka melalui referendum bersejarah yang mungkin memecah belahkan United Kingdom.

Walaupun hasilnya cadangan itu ditolak, Wong berkata, inisiatif itu membuktikan pengamalan sistem Westminster sedia ada gagal memahami keperluan pembangunan di Scotland.

“Ia sama seperti amalan di sini di Putrajaya,” katanya dalam kenyataan.

Tiada ulasan: