HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 September 2014

Pencarum tetap terima dividen walau usia 75 tahun

SINAR HARIAN

kwsp
 
 
 
KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan bahawa semua pencarum, termasuk yang berumur 75 tahun dan ke atas, sentiasa menerima dividen tahunan mereka.

Ia menafikan laporan bahawa kira-kira 260,000 pencarum KWSP berumur 75 tahun dan ke atas tidak menerima dividen.

"Polisi yang diluluskan pada 2008, tidak dilaksanakan. Sebaliknya, KWSP menggalakkan pencarum menyedari risiko simpanan mereka dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut jika simpanan tersebut tidak digunakan.

"Dalam hubungan ini, KWSP tiada beza dengan institusi kewangan lain seperti bank yang mempunyai polisi sama," katanya.

Katanya KWSP menyedari kekeliruan yang mungkin timbul dan kini dalam peringkat akhir untuk meminda Akta KWSP 1991 untuk memastikan pencarum menerima pendapatan berterusan daripada simpanan mereka walaupun selepas bersara.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan bahawa KWSP sejak 2008 telah berhenti membayar dividen kepada pemegang akaun apabila mereka berumur 75 tahun. - Bernama

Tiada ulasan: