HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 September 2014

Amaran BERSIH: Demokrasi berparlimen boleh runtuh...

MALAYSIAKINI



 


Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia akan “runtuh” jika parti majoriti tidak dapat memilih calonnya sendiri untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.

Demikian amaran pemantau pilihan raya BERSIH hari ini.

Pengerusinya Marian Chin Abdullah berkata, jika “badan tidak dipilih” memilih ketua kerajaan, masa depan negara selepas pilihan raya umum ke-14 akan tidak menentu.

“BERSIH 2.0 menggesa semua pihak hormati peraturan, yang termaktub bukan sahaja dalam konvensyen Westminster, tetapi juga undang-undang tubuh negeri yang menyatakan bahawa seorang anggota dewan negeri (ADUn) mesti mendapat keyakinan majoriti ADUN lain,” katanya.

Maria berkata, krisis di Selangor bukan setakat untuk mencari calon terbaik menjadi ketua eksekutif tetapi ia juga berkaitan sama ada demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan boleh terus berfungsi.

Tiada ulasan: