HALAMAN SANTAI

Jumaat, 19 September 2014

Manual Pengurusan dan Pentadbiran PAS dilancar

ANIS NAZRI


BATU PAHAT: Manual Pengurusan dan Pentadbiran PAS (MPPP) yang diterbitkan sekretariat Setiausaha Agung PAS dilancarkan pada muktamar hari ini.

Pelancaran tersebut disempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Manual tersebut menjadi dokumen rujukan penting bagi setiap ahli PAS, khususnya setiausaha kawasan dan cawangan, dalam mengurus dan mentadbir parti di setiap peringkat.

Ia juga mengandungi kompilasi manual yang dihasilkan tokoh PAS, Almarhum Ustaz Hassan Shukri.

"Ia mengetengahkan konsep-konsep yang lebih kemas, sistematik yang sesuai untuk semua peringkat sama ada ahli mahupun pimpinan parti," kata Timbalan Pengerusi Tetap, Hussein Ismail ketika pelancaran tersebut.

Manual tersebut dijual dengan harga RM10.

Turut mengiringi presiden ketika majlis pelancaran ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, dan  Penolong Setiausaha Agung I, Datuk Takiyudin Hassan.

Turut mengiringi Penolong Setiausaha Agung II, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Penolong Setiausaha Agung III, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob. - HARAKAHDAILY,

Tiada ulasan: