HALAMAN SANTAI

Jumaat, 19 September 2014

PAS mahu sistem pendidikan, Bahasa Melayu diperkasa

ANIS NAZRI|FOTO M NASIR



 


BATU PAHAT: PAS istiqamah memperjuangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan agama dan negara setelah menyedari hakikat bahawa dasar, sistem dan konsep pendidikan masih gagal melahirkan insan yang sebenar.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi, berkata agenda-agenda perjuangan ini akan diteruskan PAS melalui lajnah-lajnah, PAS negeri serta menerusi pembentukan jawatankuasa yang berkaitan.

Menurut Abdul Hadi, kegagalan tersebut kerana pelaksanaan sistem pendidikan mengikut acuan sekularisme yang memisahkan ilmu dari iman dan akhlak, dunia dan akhirat, termasuk pemerkasaan bahasa Melayu di negara ini.

"Mengapa kita tidak mampu memperkasakan bahasa Melayu yang hanya diisytiharkan menjadi bahasa kebangsaan, tapi dipinggirkan pelaksanaannya?" soal beliau di hadapan kira-kira 5,000 perwakilan dan pemerhati ketika menyampaikan Ucapan Dasar sempena Muktamar Tahunan PAS ke-60, di sini, pagi ini.

Sedangkan, dizaman Islam menjadi kuasa besar dunia, kata Abdul Hadi berbagai bahasa termasuklah bahasa Arab, Turki, Parsi dan Urdu pernah menjadi bahasa rasmi negara berkenaan.

Sehubungan itu, tambah beliau apa yang sepatutnya berlaku ialah bahasa asing ini digunakan untuk mendapat dan memperluaskan ilmu, bukannya dipaksakan ke atas semua rakyat.

Justeru, PAS akan memastikan agenda-agenda pendidikan, hubungan federalisme, pengagihan kekayaan dan sumber negara secara lebih adil, isu royalti petroleum ke negeri-negeri yang berterusan menjadi agenda penting PAS. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: