HALAMAN SANTAI

Jumaat, 19 September 2014

Haron Din arah tutup mulut

MALAYSIAKINI


 


Susulan perbahasan panas berkaitan isu perbezaan pandangan antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepimpinan parti yang lain, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengarahkan perwakilan supaya tidak lagi membahaskan isu itu.

"Kita bercakap (perkara itu) sejak daripada semalam hingga ke hari ini. Saya rasa isu itu, untuk kebaikan daripada para perwakilan kepada pemimpin sudah disampaikan.

"Semua daripada kita tahu isu ini. Saya rasa isu ini berhenti setakat itu sahaja. Perwakilan lain, yang berbaki saya minta isu ini tutup.

"Semua yang berasa di atas dapat maklumat dan membuat catatan dan akan mengulas ketika ucapan penggulungan... Yang panas, jangan dipanaskan lagi, " katanya sebelum sidang muktamar meneruskan perbahasan usul-usul.

Tiada ulasan: