Lu Wei Hoong
Naib Ketua Umno Bahagian Pagoh Datuk Shahruddin Md Salleh mengesahkan bahawa beliau meletakkan jawatannya.
Bagaimanapun, katanya, beliau kekal sebagai ahli Umno dan ADUN Jorak.
“Masih ahli Umno. Saya sayang Umno.
“Umno ada masalah,... tapi mereka MT (Majlis Tertinggi Umno) tak mahu
akui mereka ada masalah dgn Nombor 1,... itu saja,” katanya kepada Malaysiakini.
Peletakan jawatannya sebagai Naib Ketua Umno Pagoh berkuatkuasa serta merta.
Umno Pagoh sebelum ini diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin, yang dipecat daripada parti itu pada 24 Jun lalu
Ketika ditanya sama ada beliau khuatir nasib yang sama akan menimpa
dirinya, Shahruddin berkata: “Apa nak kata? Malah Muhyiddin pun mereka
tendang keluar (dari Umno).”
Peletakan jawatan itu dibuat ketika Naib Presiden Umno Datuk Seri
Mohd Shafie Apdal yang digantung keahliannya mengisytiharkan keluar
parti hari ini.
Rahun lalu, ahli parlimen Semporna itu dipecat daripada kabinet
bersama-sama dengan Muhyiddin selepas lantang mengkritik cara Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak menangani skandal 1MDB dan wang RM2.6
bilion yang berada di akaun bank peribadi perdana menteri.
Minggu lalu, Naib Ketua, Semporna Datuk Jaujan Sambakong mengumumkan
peletakan jawatannya daripada Umno bersama-sama dengan kira-kira 300
anggota bahagian.
ADUN Sulabayan berkata terpulang kepada Speaker Dewan Undangan Negeri
untuk menentukan sama ada beliau adalah wakil rakyat Bebas.
Muhyiddin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada parti itu bulan lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan