HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Julai 2016

Amanah tiada sokongan akar umbi jika tanpa PH - Phahrolrazi [TONTON VIDEO]

Oleh Muhammad Asyraf Azlan
Post Pic
 
 
KUALA KANGSAR: Amanah hanya akan kuat dengan sokongan parti-parti dari Pakatan Harapan (PH), kata Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.
 
Phahrolrazi, yang juga Ahi Jawatakuasa Kerja Amanah berkata parti itu sudah cukup kuat di peringkat nasional namun masih mempunyai kelemahan di akar umbi peringkat cawangan di setiap daerah mengundi.
 
"Jadi sebagai parti baru, mereka kena membina jenteranya itu di antara perkara proses yang perlu dibuat..ertinya di peringkat nasional sudah selesai, di peringkat parlimen sudah hampir 150 parlimen ada mempunyai Amanah.
 
"Sekarang ini mereka terpaksa tubuh akar umbi peringkat cawangan setiap daerah mengundi mesti ada dan ini proses yang perlu dibuat dan tidak boleh lari.
 
"Jadi sudah tentu setakat ini mendapat sambutan yang baik mengikut maklumat yang kita perolehi dan dengan ia (Amanah) menjadi komponen dalam PH seperti mana kita masuk pilihan raya ini sudah tentu sebenarnya sokong-menyokong atau kerjasama dengan parti PH ini akan membantu Amanah untuk kekuatan mereka.
 
"Ia (Amanah) tidak ada kekuatan sendiri dan dengan kekuatan sendiri tidak cukup kuat kecuali dengan sokongan parti-parti PH yang lain," katanya ketika diwawancara Antarapos, baru-baru ini.
 
Menurut Phahrolrazi, sebelum ni kumpulan G18 yang terdiri daripada golongan profesional PAS yang ingin menubuhkan parti baru berpendapat mereka mempunyai kekuatan yang cukup untuk mendapat tempat di dalam politik negara.
 
Namun begitu, beliau yang juga Presiden Persatuan Umah Sejahtera Malaysia (Pasma) melihat sikap yang perlu ada pada parti politik adalah dengan membina kekuatan dengan bergabung dengan parti-parti lain di bawah satu payung.
 
"Pada awalnya G18 itu pada peringkat penubuhan dia melihat bahawa dia mempunyai kekuatan yang cukup tapi kami memberi pendapat bahawa dalam konteks parti politik kita perlu menerima semua pihak untuk menjadi besar.
 
"Semua pihak yang menyokong dia hendaklah dijemput untuk turut serta di dalam sesuatu parti politik jadi oleh sebab itu kita mengambil pendirian menyertai Amanah dan mereka bersetuju dan membuka ruang seluasnya pada NGO," katanya lagi.
 
Sebelum penubuhan Amanah, pemimpin PAS yang kecewa selepas tewas di dalam pemilihan PAS tahun lalu bergerak menerusi wadah yang digelar Gerakan Harapan Baharu (GHB).
 
Parti yang akan menginjak usia setahun ini mula mengorak langkah dengan bertanding di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan juga Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, namun kalah di kedua-dua pilihan raya itu.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: