Alyaa Azhar
LIHAT VIDEO DI SINI
DAP tidak akan melakukan siasatan ke atas Ahli Parlimen Taiping, Nga
Kor Ming setelah menerima penafian bahawa beliau tidak membuat kenyataan
sensitif di Facebook.
"Kami menerima penjelasan beliau bahawa beliau telah menafikan
(membuat posting Facebook)," kata Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke
kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju hari ini.
Loke berkata, laporan polis telah dibuat terhadap Nga dan pihak berkuasa itu bebas untuk menyiasat ahli parlimen tersebut.
Terdahulu, ahli parlimen Seremban itu dan beberapa pemimpin DAP membuat
laporan polis berhubung demonstrasi yang diadakan di ibu pejabat parti
itu semalam.
Peserta himpunan terbabit mendakwa Nga tidak menghormati Islam dalam
ucapan Hari Raya Aidilfitri di Facebook, tetapi ahli parlimen itu
menafikan membuat posting berkenaan.
Posting itu merujuk satu karikatur kanak-kanak yang menerima duit raya dan menyamakan ia sebagai pemberian 'dedak' atau rasuah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan