shahbudindotcom
Berikutan
pendakwaan mahkamah yang sedang dihadapi oleh Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng, tidak cukup dengan mendesaknya agar meletakkan
jawatan, pemimpin UMNO dan BN juga mengecam usaha DAP mengumpul
sumbangan orangramai bagi menampung wang jaminan RM1 juta yang dikenakan
keatasnya.
Selain
ada yang mengatakan Guan Eng seharusnya menggunakan wang sendiri untuk
membayar wang jaminan itu, seorang Ahli MT UMNO, Reezal Merican Naina
Merican pula menyifatkan kutipan derma itu sebagai membebankan
orangramai.
Di mana anaknya Reezal belajar kutipan derma sebagai membebankan orangramai?
Derma
adalah sumbangan yang dibuat dengan seikhlas hati, ia boleh diberikan
dan boleh juga tidak dilakukan. Tiada paksaan kepada sesiapa untuk
wajib atau mesti melakukannya.
Hanya
mereka yang mampu, berkeupayaan dan ada keikhlasan saja akan menderma,
sebaliknya yang tidak berkemampuan dan tiada keikhlasan, tidak perlu
berbuat demikian.
Jadi,
di mana logiknya sumbangan itu sebagai membebankan sedangkan orangramai
sentiasa diberikan pilihan untuk menyumbang atau tidak?
Lagi
pula, orang yang sedia menghulurkan derma kerana ada lebihan wang dalam
poket, ia bukanlah suatu bentuk bebanan bagi mereka.
Sekali lagi, di mana datangnya ada yang terbeban apabila menderma?
Dan
berikutan sumbangan lebih RM1 juta dapat dikumpulkan hanya dalam tempoh
21 jam, ia jelas membuktikan lebih ramai yang ikhlas hati untuk
menghulurkan sumbangan serta sama sekali tidak terbeban dengan huluran
yang mereka lakukan.
Reezal
juga dipetik sebagai berkata, beberapa pemimpin BN yang didakwa di
mahkamah tidak pula mengutip sumbangan orangramai untuk membayar wang
jaminan mereka.
Hahaha...ini lagi hujah yang kelakar!
Sebagaimana
yang ditulis sebelum ini, jika pemimpin UMNO dan BN cuba untuk
mendapatkan sumbangan orangramai untuk membayar wang jaminan atas
kesalahan rasuah yang mereka hadapi, cubalah lakukannya dan lihatlah apa
yang akan mereka perolehi.
Wang tunai atau maki hamun?
Jika
pemimpin BN yang dituduh rasuah dan perlu membayar wang jaminan, bukan
mereka tidak mahu mengutip sumbangan orangramai berkaitan dengannya,
tetapi kerana mereka tahu apa hasil yang akan diperolehi jika cuba
melakukannya.
Sebab itulah tidak ada yang berani melakukannya.
Pokoknya,
kenapa pemimpin UMNO dan BN serta orang seperti Reezal Merican perlu
takut dengan sumbangan orangramai yang diterima Guan Eng itu?
Asalkan ia tidak melanggar undang-undang, adalah menjadi hak DAP untuk melakukannya.
Apakah
kerana derma yang diterima daripada orangramai itu begitu mendapat
sambutan, maka UMNO dan BN mula bimbang kesan sebaliknya kepada mereka
berikutan pendakwaan yang dilakukan kepada Guan Eng itu?
Dalam
waktu yang sama, meskipun wang jaminan RM1 juta akan dipulangkan suatu
hari nanti, wang yang dikutip daripada derma orangramai itu juga boleh
dimanfaatkan untuk tujuan lain untuk kepentingan bersama atau jika ada
pemimpin-pemimpin lain dihadapkan ke mahkamah dan perlu wang jaminan
yang tinggi, sama seperti yang dihadapi oleh Guan Eng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan