HALAMAN SANTAI

Khamis, 7 Julai 2016

Mahu rakyat faham EPU dengan mudah

SINAR HARIAN
Abdul Rahman Dahlan
Abdul Rahman


PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan mahu mendedahkan kepada rakyat tentang fungsi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan bahasa mudah.

Katanya rakyat harus memahami apa yang dilakukan oleh EPU memandangkan ia merupakan satu agensi pusat penting negara.

"Saya berhasrat untuk mengembalikan EPU itu kepada rakyat dengan bahasa mudah memandangkan ia sangat kompleks dan mahu memudahkan pemahaman mereka

tentang unit ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan jemaah menteri di Seri Perdana di sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai portfolio terbaharunya di EPU, Jabatan Perdana Menteri selepas rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Jun lepas.

Menyentuh tentang Bajet 2017, Abdul Rahman berkata pihaknya akan mengadakan satu taklimat mengenai persediaannya selepas Aidilfitri.

"Kami telah mula menumpukan perhatian kepada persediaan Bajet 2017 yang mana taklimat oleh EPU akan diadakan selepas raya," katanya. - Bernama


Tiada ulasan: