Oleh Muhammad Asyraf Azlan
PETALING JAYA: Penyampaian mesej yang tidak jelas semasa di Pilihan
Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar serta Pilihan Raya
Negeri (PRN) Sarawak menjadi punca kepada kekalahan Pakatan Harapan
(PH), kata Ketua Setiausaha Sekretariatnya, Datuk Saifuddin Abdullah.
Katanya, PH perlu membaiki kaedah penyampaian mesej yang betul supaya
masyarakat faham dan menerima apa yang hendak disampaikan tanpa mengira
isu nasional atau setempat.
"Jadi sebahagian daripada kekalahan kami agaknya adalah kerana kita
tidak berjaya menyampaikan mesej itu dengan jelas. Pada kami sudah jelas
tapi pada orang di bawah ia masih belum jelas.
"Jadi kami kena perbaiki kaedah bercerita, menyampaikan penerangan
dengan lebih baik," katanya diwawancara khas bersama Antarapos.
Tambah Saifuddin, PH perlu memberikan 'pendidikan politik' kepada
rakyat dan juga ahli parti supaya mereka lebih jelas dengan matlamat
gabungan berkenaan.
"Pendidikan politik terhadap rakyat dan khalayak serta bagi ahli-ahli
kami kita mesti punyai keyakinan yang meningkat dan berterusan bahawa
ini adalah jalan yang benar.
"Bagi rakyat ialah bagaimana kami mendekati mereka dengan lebih
mendalam terutama di kawasan luar bandar, bagaimana kami boleh bercerita
tentang skandal besar itu dan apa hubungannya dengan mereka.
"Kita belajar misalnya daripada Sungai Besar dan Kuala Kangsar, skandal
itu di sesetengah tempat kurang difahami mungkin kerana kelemahan kami
dalam menyampaikan naratifnya apa kaitan 1MDB dengan sebuah jambatan
yang sudah sekian lama belum siap di Kuala Kangsar," kata bekas Ahli
Majlis Tertinggi Umno itu.
PRK berkembar 18 Jun lalu menyaksikan PH kalah di tangan BN, malahan gabungan itu kehilangan beberapa kerusi di PRN Sarawak.
Penganalisis berpendapat taktik pembangkang yang memainkan isu 1MDB,
cukai barangan dan Perkhidmatan (GST) serta beberapa isu nasional
seolah-olah tidak memberi sebarang impak kepada pengundi untuk menolak
BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan