MALAYSIAKINI
Pilihan raya negeri mengejut di Pulau Pinang bukan bertujuan untuk
"menyelamatkan" Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, kata Ketua
Publisiti DAP Tony Pua.
Sebaliknya, menurut beliau, Lim masih akan didakwa dan dihukum
penjara tidak kira sama ada pilihan raya negeri diadakan atau apa jua
keputusannya.
Sebaliknya, beliau berkata, pilihan raya mengejut itu akan memberi
peluang kepada rakyat untuk bersuara mengenai dakwaan rasuah yang
dilemparkan ke atas Lim.
"Pilihan raya negeri supaya rakyat Pulau Pinang boleh melawan
terhadap BN; supaya rakyat Pulau Pinang mempunyai suara dalam hala tuju
negeri dan negara.
"BN kata Lim Guan Eng sudah didakwa dan oleh itu beliau perlu mengambil cuti.
"DAP kata bahawa beliau tidak perlu bercuti kerana tuduhan itu tidak
masuk akal. Jadi siapa yang betul, dan siapa hakim yang paling saksama
untuk beritahu kami siapa yang betul?
"Jika Lim Guan Eng perlu bercuti, saya yakin rakyat Pulau Pinang akan
mengundi dengan sewajarnya, dan kita perlu bercuti daripada kerajaan.
"Tetapi jika rakyat Pulau Pinang percaya kepada kerajaan pimpinan
Pakatan Harapan, maka tidak ada keperluan untuk Lim Guan Eng mengambil
cuti sehingga tuduhan BN, Peguam Negara, selesai," katanya pada majlis
makan malam bersama kira-kira 700 penyokong DAP malam semalam.
Majlis di Shah Alam itu adalah sebahagian daripada program 'Sokong,
Simpati dan Solidariti bersama Lim Guan Eng (SSSLGE) 2.0' di seluruh
negara, yang bertujuan untuk mendapatkan sokongan bagi Lim selepas
beliau berdepan dua pertuduhan rasuah di mahkamah.
Lim pada 30 Jun lalu didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan kerana
membuat keputusan pada Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang, yang
kononnya memihak kepada kepentingan ahli perniagaan Phang Li Koon yang
didakwa menjual banglo kepada Lim di bawah harga pasaran.
Kedua-dua Lim dan Phang mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Lim dan DAP mendakwa mereka menjadi mangsa politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan