Anne Muhammad
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata seruan “gencatan senjata” sesama pembangkang dan menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN merupakan pendapat peribadinya sendiri.
Katanya, pendapat itu dikeluarkan memandangkan parti lain dalam
pembangkang menyerang PAS dengan menyatakan parti itu bersekongkol
dengan BN sebelum ini, sedangkan ia tidak benar sama sekali.
“Itu pendapat peribadi… kenyataan itu saya keluarkan, ia (atas) nama saya sendiri.
“(Pendapat saya) tidak bercanggah dengan prinsip dan konsep serta
dasar parti kerana Tok Guru sebut mereka (pembangkang) selalu serang
PAS, ia perlu dihentikan,” katanya kepada Malaysiakini selepas majlis
himpunan NGO Islam sempena Aidilfitri di Pusat Islam malam tadi.
Sebelum ini Tuan Ibrahim menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang dan menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.
Rata-rata idea itu disambut positif oleh pembangkang, kecuali AMANAH yang lebih berhati-hati apabila meminta PAS membincangkan secara dalaman dahulu supaya tiada 'pusingan U' di kemudian hari.
Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, AMANAH tidak seharusnya salah
sangka bahawa PAS akan kembali dalam Pakatan Harapan, sebaliknya
kenyataan itu bagi menyatakan PAS tidak bersama BN dan pembangkang harus
bersatu menjatuhkan BN.
“Kita bukan masuk Pakatan Harapan, kita dalam blok pembangkang, jangan katakan kita bersama BN.
“Walaupun kita tak dalam Pakatan Harapan, PAS blok ketiga yang kita akan perkasakan sebagai blok politik pembangkang,” katanya.
Beliau, ketika ditanya terdapat siri perbincangan bersama PKR dalam merangka rancangan menjatuhkan BN, berkata:
“Kita dengan PKR ada hubungan tapi belum berjumpa. Sehingga kini belum ada pertemuan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan