shahbudindotcom
Petang ini ( 27 Ogos ) akan berlangsung perhimpunan #Tangkap MO1 anjuran Persatuan Mahasiswa Melayu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Pemimpin-pemimpin
utama Pakatan Harapan dijangka akan turut hadir memberi sokongan dalam
perhimpunan tersebut. Dilaporkan juga bahawa Tun Mahathir Mohamad akan
hadir sama sebagai memenuhi jemputan dan untuk memberikan sokongan.
Bagaimanapun,
gerakan baju merah yang sebelum ini bertekad mahu menunjukkan bantahan
terhadap himpunan #Tangkap MO1 telah membatalkan hasrat mereka.
Alasan yang diberikan kononnya ia hanya perhimpunan budak-budak kecil yang tidak mungkin disertai ramai orang.
Ia
tidak akan berjaya seperti himpunan Bersih, paling tidak 100 atau 200
orang akan hadir. Kalau berjaya menghimpunkan 1000 atau 2000, ia sudah
dianggap berjaya, kata Jamal Md Yunus cuba memperkecil-kecilkan
perhimpunan #Tangkap MO1 petang ini.
Usaha
mahasiswa ini sebenarnya adalah langkah terpuji untuk menyedarkan
rakyat tentang kemelut besar yang sedang melanda negara kita. Berapa
ramai yang akan hadir dan sama ada MO1 akan ditangkap oleh pihak
berkuasa negara kita atau sebaliknya, ia bukanlah isu yang sangat
penting sebenarnya.
Kehadiran
mencecah 5000 atau 10,000 adalah bonus bagi gerakan mahasiswa
terbabit. Tetapi, rasanya bukanlah masalah besar bagi mereka untuk
mendapatkan kehadiran sebanyak 2000 atau 3000 orang.
Yang
penting MO1 atau Malaysian Official 1 telah menjadi sebutan dunia dan
dikenalpasti oleh pihak Jabatan Kehakiman AS dan FBI sebagai telah
menerima wang 1MDB sebanyak AS$731 juta atau hampir RM3,000 juta ke
dalam akaun bank peribadinya.
Pihak
berkuasa negara kita mungkin tidak akan berbuat apa-apa, malah proses
tindakan di Amerika juga barangkali memakan masa yang agak lama.
Pembekuan harta Jho Low dan Riza Aziz pun belum selesai lagi. Selepas
harta-harta tersebut dibekukan, biasanya barulah proses-proses
seterusnya akan bermula.
Maksud
lebih besar mahasiswa mengadakan himpunan #Tangkap MO1 adalah agar
salah laku MO1 sentiasa melekat atau tertangkap di hati setiap kita.
Kesalahan yang dilakukan MO1 sebagaimana disebut dalam kertas mahkamah
Jabatan Kehakiman AS bukanlah kesalahan biasa, bahkan luar biasa serta
memecahkan rekod dunia.
Jika
kita begitu benci benci dan selalu mengutuk semua jenis pencurian,
daripada yang besar sehinggalah kepada kecurian sebiji telur ayam atau
kehilangan wang tabung masjid, memang jenis manusia paling terkutuk saja
yang sanggup berdiam diri terhadap kehilangan wang sehingga RM3,000
juta banyaknya.
Tidak
kira berapa ramai yang hadir petang ini, mahasiswa mesti terus
menyedarkan rakyat melalui himpunan #Tangkap MO1 ini secara berterusan
sehingga tarikh PRU 14 diadakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan