HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Ogos 2016

Anak mangsa kemalangan stabil, murung

Anak mangsa kemalangan stabil, murung
Ahmad Faqih bersama ibu saudaranya Dr. Suhana Abd Rahim, 35.


TAIPING – Suasana pilu menyelubungi kediaman keluarga Allahyarham Ahmad Faizal Abd Rahim, 33, yang maut bersama isteri dan dua anak mereka dalam kemalangan di Lembah Beringin, Tanjung Malim, awal pagi tadi.

Anak kedua mangsa, Ahmad Faqih Nazmi, 5, yang terselamat dalam nahas itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil, namun dilihat murung dan enggan bercakap.

Ada ketikanya, terlihat air matanya bergenang terutama apabila orang ramai berbicara mengenai nahas terbabit.

[ARTIKEL BERKAITAN: Empat beranak maut kemalangan]

Dalam kemalangan jam 1.15 pagi tadi, Ahmad Faisal bersama isteri, Nur Fazilah Mad Zaini, 33, dan dua anak mereka, Nur Aimi Nadirah, 8, Ahmad Fakhri Naim, 3, maut akibat kecederaan parah di kepala dan badan setelah kereta dinaiki terlibat dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 405 Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan) berhampiran Lembah Beringin.

Ahmad Faqih terselamat, namun mengalami cedera di badan dan patah tangan kanan.

Tiada ulasan: