HALAMAN SANTAI

Selasa, 30 Ogos 2016

Bila Najib berundur?


 
Oleh Subky Latif


MAKA Perdana Menteri Najib pun memberitahu, satu hari nanti dia akan berundur juga, tentunya bukan ketika dia didesak kencang sekarang. Diberitahunya, sesudah itu nanti sesiapa hendak datang berjumpanya boleh datang. Kalau tiada yang sudi datang, dia akan buat kerjanya sendiri.
 
Ia adalah pilihan yang ada pada semua pemimpin. Mana-mana yang digemari rakyat seperti Gandhi penuhlah kediaman dikunjung orang. Sebaliknya yang digetik terpencillah diri dan kadang-kadang bini lari.
    
Bila dia hendak berundur itu? Allah dan dia saja yang tahu. Mungkin hendak jadi Perdana Menteri kedua berkuasa 22 tahun.
     
Bekas pemimpin itu biasanya pemimpin juga walaupun sudah tidak berjawatan. Akan adalah yang mendatanginya baik sekadar merai dan menziarahi orang lama, bahkan perlu didatangi untuk dirundingi, bagi mendapatkan pandangan dan nasihat.
    
Tunku Abdul Rahman Putra dan Dr. Mahathir dapat layanan itu. Ramai yang mahu terus bersamanya dan meminta panduannya.
    
Pemimpin yang sebenar masih seorang anggota masyarakat yang bersama dan berada di tengah semua orang. Kalau orang tidak datang kepadanya, dia pergi kepada orang. Tidak timbul orang hendak datang kepadanya atau tidak.
    
Sebaik-baik bidalan ialah seperti yang orang Melayu tentang Nabi SAW. Jika gunung tidak datang kepada Muhammad, Muhammad datang kepada gunung. Semua orang sewajarnya bersikap begitu, jika masyarakat tidak datang kepadanya, dia mesti datang kepada masyarakat.

Terbaik lima kali sehari berjemaah di tempatnya. Dan yang seminggu saja bersamaan orang ramai pada hari Jumaat, sudah ada yang tidak betul. Dan yang dua kali saja setahun lagi tidak betul.
    
Yang paling betul ialah selagi terdengar dia azan di mana saja berada,

Tiada ulasan: