HALAMAN SANTAI

Isnin, 29 Ogos 2016

Diskaun 10 Peratus Untuk Bumiputera Di Selangor Dimansuhkan

 

 
azmin


My Nation News – Kerajaan Selangor akan melaksanakan garis panduan pembangunan baru bermula 1 September ini.

Dalam garis panduan itu, diskaun 10 peratus bumiputera bagi pembelian pangsapuri perkhidmatan, SOHO (rumah pejabat) dan Sovo (pejabat maya di rumah) akan dimansuh, lapor akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau.

Bagaimanapun, kuota jualan 30 peratus untuk bumiputera akan diteruskan seperti biasa.

“Kerajaan Selangor akan umumkan butiran terperinci semasa melaksanakan garis panduan ini pada 1 September depan,” exco kerajaan negeri Teng Chang Khim dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, menurut Teng lagi, bawah garis panduan baru, harga jualan pangsapuri perkhidmatan ditetapkan antara RM250,000 hingga RM270,000 seunit serta RM230,000 seunit bagi SOHO dan Sovo.

Manakala kelayakan gaji pemohon pula dilapor dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM15,000 untuk satu isu rumah.

Bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada golongan berpendapatan bawah RM10,000.

Teng berkata garis panduan baru ini akan memberi manfaat kepada semua pihak, termasuk kerajaan negeri, pemaju dan pembeli – yang disifatkannya sebagai situasi “win-win-win”.

Tiada ulasan: